🔖Siri 39: Perbuatan Sengaja dan Tidak Sengaja
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

❗Renungan Hadis Hari Ini❗

🔖Siri 39: Perbuatan Sengaja dan Tidak Sengaja

🕌 Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Insya Allah..🤲🏻

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُولَ اللهِ ﷺ قَال: «إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي: الخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ» حَدِيْثٌ حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ وَالبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُمَا.

Dari Ibnu ‘Abbas R.A berkata sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memaafkan (keranaku) daripada umatku perbuatan yang dilakukan secara tersilap, terlupa dan secara paksaan.” (Hadis hasan, Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan lain-lain)

🕌 Kandungan Hadis:

✅ 1. Hadis ini menjelaskan bahawa Allah S.W.T memaafkan bagi umat Nabi Muhammad S.A.W yang melakukan sesuatu perbuatan disebabkan 3 perkara:-
●Dilakukan secara tersilap
●Terlupa
●Sesuatu yang dilakukan secara paksaan.

🕌 Pengajaran

✅ 1. Betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kasihan Allah S.W.T terhadap hamba-hambanya.

✅ 2. Allah S.W.T hanya mempertanggungjawabkan ke atas hamba-hambaNya sesuatu dosa yang dilakukan secara sedar, sengaja dan dengan kemahuan sendiri bukan kerana paksaan.

✅ 3. Sebagai contoh yang dimaafkan oleh Allah S.W.T, orang berpuasa yang makan secara terlupa, puasanya tidak dikira batal, bahkan dia boleh meneruskan puasanya.

✅ 4. Hadis ini juga mnjadi asas dan dasar dalam perundangan dan kehakiman Islam yang mengutamakan keadilan, dimana perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja tanpa disedari, atau kerana dipaksa, tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan.

#Sama-sama kita hayati dan amalkan
📖Rujukan Hadis 40

<< Back