๐Ÿ”–Siri 38: Jalan Untuk Bertaqarrub Mencapai Keredhaan Allah SWT
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

โ—Renungan Hadis Hari Iniโ—

๐Ÿ•Œ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Insya Allah..๐Ÿคฒ๐Ÿป

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ูŽ ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู…ูŽู†ู’ ุนูŽุงุฏูŽู‰ ู„ููŠ ูˆูŽู„ููŠู‘ู‹ุง ููŽู‚ูŽุฏู’ ุขุฐูŽู†ู’ุชูู‡ู ุจูุงู„ู’ุญูŽุฑู’ุจูุŒ ูˆูŽู…ูŽุง ุชูŽู‚ูŽุฑู‘ูŽุจูŽ ุฅูู„ูŽูŠู‘ูŽ ุนูŽุจู’ุฏููŠ ุจูุดูŽูŠู’ุกู ุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽ ุฅูู„ูŽูŠู‘ูŽ ู…ูู…ู‘ูŽุง ุงูู’ุชูŽุฑูŽุถู’ุชูู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ูŠูŽุฒูŽุงู„ู ุนูŽุจู’ุฏููŠ ูŠูŽุชูŽู‚ูŽุฑู‘ูŽุจู ุฅูู„ูŽูŠู‘ูŽ ุจูุงู„ู†ู‘ูŽูˆูŽุงููู„ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุฃูุญูุจู‘ูŽู‡ูุŒ ููŽุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุญู’ุจูŽุจู’ุชูู‡ู ูƒูู†ู’ุชู ุณูŽู…ู’ุนูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูŽุณู’ู…ูŽุนู ุจูู‡ู ูˆูŽุจูŽุตูŽุฑูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูุจู’ุตูุฑู ุจูู‡ูุŒ ูˆูŽูŠูŽุฏูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ูŠูŽุจู’ุทูุดู ุจูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฑูุฌู’ู„ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ูŠูŽู…ู’ุดููŠ ุจูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽู„ูŽุฆูู†ู’ ุณูŽุฃูŽู„ูŽู†ููŠ ู„ุฃูุนู’ุทููŠูŽู†ู‘ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽู„ูŽุฆูู†ู ุงุณู’ุชูŽุนูŽุงุฐูŽู†ููŠ ู„ุฃูุนููŠู’ุฐูŽู†ู‘ูŽู‡ู (ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠ)

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: โ€ Sesungguhnya Allah Taโ€™ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaKu ), maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaKu yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia.
(Hadis Riwayat Bukhari)

๐Ÿ•Œ Kandungan Hadis :

๐ŸŒธ Dalam hadis ini Nabi S.A.W menjelaskan beberapa perkara:-

i.ย ย Tingginya kedudukan seorang wali disisi Allah S.W.T.

ii.ย ย Allah S.W.T amat menyukai hamba-hambaNya yang melaksanakan amalan-amalan fardhu dengan sempurna, kemudian melaksanakan juga amalan-amalan sunat yang lain.

iii.ย ย Doa para wali Allah S.W.Tย dan orang-orang soleh itu makbul.

๐Ÿ•Œ Pengajaran :

๐ŸŒธ1. Para wali Allah S.W.T itu ialah terdiri dari kalangan orang-orang yang soleh dan taat kepada perintah dan larangan Allah S.W.T dan RasulNya.

๐ŸŒธ2. Keutamaan dalam melaksanakan ibadat di sisi Islam ialah dengan kita melaksanakan segala amalan-amalan wajib dengan sempurna.

๐ŸŒธ3. Seterusnya dalam masa yang sama, kita juga hendaklah mengerjakan amalan-amalan sunat lain dengan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.

๐ŸŒธ4. Sesiapa yang istiqomah melaksanakan amalan wajib dan sunat dengan sempurna, maka insyaAllah dia akan meraih kecintaan Allah S.W.T.

๐ŸŒธ5. Apabila seseorang telah mendapat cinta dan redha Allah S.W.T, maka tiada yang lebih menguntungkan baginya selain doa dan permintaannya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Ÿ“šRujukan Hadis 40

<< Back