โRenungan Hadis Hari Iniโ
๐ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Insya Allah..๐คฒ
ุนููู ุฃูุจูู ููุฑูููุฑูุฉู ุฑูุถูู ุงูููู ุนูููููุ ุนููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุงูู : ู ููู ูููููุณู ุนููู ู ูุคูู ููู ููุฑูุจูุฉู ู ููู ููุฑูุจู ุงูุฏููููููุง ูููููุณู ุงูููู ุนููููู ููุฑูุจูุฉู ู ููู ููุฑูุจู ููููู ู ุงููููููุงู ูุฉูุ ููู ููู ููุณููุฑู ุนูููู ู ูุนูุณูุฑู ููุณููุฑู ุงูููู ุนููููููู ููู ุงูุฏููููููุง ููุงูุขุฎูุฑูุฉูุ ููู ููู ุณูุชูุฑู ู ูุณูููู ุงู ุณูุชูุฑููู ุงูููู ููู ุงูุฏููููููุง ููุงูุขุฎูุฑูุฉู ููุงูููู ููู ุนููููู ุงููุนูุจูุฏู ู ูุง ูุงููู ุงููุนูุจูุฏู ููู ุนููููู ุฃูุฎููููู. ููู ููู ุณููููู ุทูุฑููููุงู ููููุชูู ูุณู ูููููู ุนูููู ุงู ุณูููููู ุงูููู ุจููู ุทูุฑููููุงู ุฅูููู ุงููุฌููููุฉูุ ููู ูุง ุงุฌูุชูู ูุนู ููููู ู ููู ุจูููุชู ู ููู ุจูููููุชู ุงูููู ููุชููููููู ููุชูุงุจู ุงูููู ููููุชูุฏูุงุฑูุณููููููู ุจูููููููู ู ุฅููุงูู ููุฒูููุชู ุนูููููููู ู ุงูุณููููููููุฉู ููุบูุดูููุชูููู ู ุงูุฑููุญูู ูุฉูุ ููุญููููุชูููู ู ุงููู ููุงูุฆูููุฉูุ ููุฐูููุฑูููู ู ุงูููู ููููู ููู ุนูููุฏูููุ ููู ููู ุจูุทูุฃู ููู ุนูู ููููู ููู ู ููุณูุฑุนู ุจููู ููุณูุจููู (ุฑูููุงูู ู ูุณูููู ู ุจููุฐูุง ุงููููููุธู)
Daripada Abu Hurairah R.A daripada Nabi S.A.W, Baginda telah bersabda: Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah S.W.Tย akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah S.W.T akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah S.W.T akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah S.W.T sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah S.W.T akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah S.W.T akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya . (Hadis riwayat Muslim dengan lafaz ini)
๐Kandungan Hadis :
๐Nabi S.A.W menjelaskan di dalam hadis ini beberapa perkara:-
i. Balasan kepada orang yang melapangkan kesusahan,ย memudahkan urusan dan menutup aib orang lain.
ii. Dipermudahkan jalan ke syurga bagi mereka yang menuntut ilmu.
iii. Seseorang itu bukan dinilai dari sudut kemuliaan keturunannya, tetapi melalui amal yang dilakukan.
๐Pengajaran :
๐1. Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa membantu antara satu sama lain, samada dalam bentuk mempermudahkan urusan orang lain dan menolong mereka yang berada dalam kesempitan, kesusahan serta yang memerlukan bantuan.
๐2. Menutup keaiban saudara seislam adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap individu muslim.
๐3. Setiap kebaikan yang dilakukan,ย maka kebaikan jualah yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada para hambaNya, samada di dunia dan di akhirat.
๐4. Begitulah sebaliknya, setiap keburukan yang kita lakukan,ย maka keburukan jualah yang kita akan terima sebagai balasannya.
๐5. Tuntutlah ilmu dan sentiasa tempatkan diri kita di dalam majlis-majlis ilmu, kerana darjat penuntut ilmu dan mereka yang berilmu adalah tinggi di sisi Islam.
๐6. Islam tidak pernah menilai seseorang itu dari sudut kemuliaan nasab keturunannya, sebaliknya apa yang dinilai ialah dari sudut keimanannya, ketakwaannya dan amal soleh yang dilakukannya untuk berjaya di dunia dan di akhirat.
#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Rujukan Hadis 40