❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةࣱ یَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَیۡرِ وَیَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ﴿ ١٠٤ ﴾
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
(Surah Ali’ Imraan ayat : 104)
🕋 KANDUNGAN AYAT
🍃 Pada ayat ini Allah S.W.T menyeru agar ada sebahagian orang-orang mukmin :
1. Menyampaikan dakwah bagi menyebarkan agama Islam.
2. Mengajak manusia melakukan kebaikan (amar makruf) dan mencegah daripada melakukan kejahatan (nahi mungkar).
🕋 PENGAJARAN
🍃 Sebagai seorang mukmin, antara tugas utama kita ialah berdakwah kepada Islam, mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran.
🍃 Tugas melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ini adalah tanggungjawab bersama mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing.
🍃 Konsep amar makruf dan nahi mungkar di dalam Islam ini, antaranya adalah bertujuan untuk menjamin kesejahteraan hidup keluarga, masyarakat dan negara.
🍃 Peranan ibu bapa bagi melaksanakan amar mkruf dan nahi mungkar dalam sesebuah keluarga adalah amat penting, kerana asas keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara itu bermula dari rumah.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran
📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman