โRenungan Hadis Hari Iniโ
๐ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
๐ Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐คฒ
ุนููู ุฃูุจูู ุณูุนูููุฏ ุงููุฎูุฏูุฑูู ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู ููุงูู : ุณูู
ูุนูุชู ุฑูุณููููู ุงูููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ูููููููู : ู
ููู ุฑูุฃูู ู
ูููููู
ู ู
ูููููุฑุงู ููููููุบููููุฑููู ุจูููุฏูููุ ููุฅููู ููู
ู ููุณูุชูุทูุนู ููุจูููุณูุงููููุ ููุฅููู ููู
ู ููุณูุชูุทูุนู ููุจูููููุจููู ููุฐููููู ุฃูุถูุนููู ุงููุฅูููู
ูุงูู (ุฑูุงู ู
ุณูู
)
Daripada Abu Saโid Al-Khudrie R.A beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.Wย bersabda:ย Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalahย selemah-lemah iman. (Hadis Riwayat Muslim)
๐Kandungan Hadis:
๐ธ Di dalam hadis ini Rasulullah S.A.W menjelaskan tentang 3ย peringkat mencegah kemungkaran mengikut kemampuan masing-masingย :-
i. Mencegah dengan tangan.
ii. Mencegah dengan lidah.
iii. Mencegah dengan hati.
๐Pengajaran:
๐ธ1. Tanggungjawab mencegah kemungkaran adalah menjadi kewajipan setiap individu muslim dan muslimah mengikut keadaan dan kemampuan masing-masing.
๐ธ2. Kemungkaran ialah sesuatu yang diingkari dan tidak disukai oleh syarakย samada melakukan perkara yang diharamkan atau meninggalkan perkara yang diwajibkan.
๐ธ3. Tanggungjawab mencegah kemungkaran dan kemaksiatan adalah satu tugas yang berat yang mesti dilaksanakan dengan penuh berhikmah dan bijaksana.
๐ธ4. Mencegah kemungkaran adalah berkait juga dengan tahap keimanan seseorang,ย selemah-lemah iman ialah mencegah dengan hati.
๐ธ5. Mencegah dengan hati bermaksud kita tidak redha dengan kemungkaran yang dilihat dan dalam masa yang sama,ย kita bertekad akan mengubahnya apabila berkemampuan kelak.
#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Rujukan Hadis 40