๐Ÿ”–Siri 33: Bukti Dan Sumpah
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

โ—Renungan Hadis Hari Iniโ—

๐Ÿ•Œ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

๐Ÿ•Œ Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐Ÿคฒ

ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจูŽู‘ุงุณู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุงุŒ ุฃูŽู†ูŽู‘ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ๏ทบ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู„ูŽูˆู’ ูŠูุนู’ุทูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ุจูุฏูŽุนู’ูˆูŽุงู‡ูู…ู’ุŒ ู„ูŽุงุฏูŽู‘ุนูŽู‰ ุฑูุฌูŽุงู„ูŒ ุฃูŽู…ู’ูˆูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽูˆู’ู…ู ูˆูŽุฏูู…ูŽุงุกูŽู‡ูู…ู’ุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู ุงู„ุจูŽูŠูู‘ู†ูŽุฉู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู…ูุฏูŽู‘ุนููŠุŒ ูˆูŽุงู„ูŠูŽู…ููŠู’ู†ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽู†ู’ูƒูŽุฑูŽ (ุญูŽุฏููŠู’ุซูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŒ ุฑูŽูˆูŽุงู‡ู ุงู„ุจูŽูŠู’ู‡ูŽู‚ููŠูู‘ ู‡ูŽูƒูŽุฐูŽุงุŒ ุจูŽุนู’ุถูู‡ู ูููŠ ุงู„ุตูŽู‘ุญููŠู’ุญูŽูŠู’ู†ู).

Dari Ibnu โ€˜Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.Wย bersabda,ย โ€œSekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.โ€ (Hadis hasan, diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi dan lain-lainย sedemikian danย sebahagiannya terdapat dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim)

๐Ÿ•ŒKandungan Hadis:

โœ…1. Hadis ini menjelaskan bahawa syariat Islamย melindungi harta dan darah dari tuntutan yang dusta, di mana ianyaย menyuruh untuk mendatangkan bukti bagi yang menuduhย dan sumpah bagi yang mengingkari.

โœ…2. Hadis ini bermanfaat untuk masalah qadha’ (penghakiman) bagiย mendamaikanย dua atau lebih pihak-pihak yang berselisih.

๐Ÿ•Œ Pengajaran:

โœ…1. Hadis ini menerangkan sifat dan tabiat buruk kebanyakan manusia yang gemar mendakwa sesuatu yang bukan milik mereka. Sekiranya tuntutan mereka dituruti, nescaya akan kecohlah sistem kehidupan manusia yang akan menyebabkan persengketaan, pergaduhan malah pembunuhan di kalangan manusia membabitkan soal harta benda dan kekayaan.

โœ…2. Bagi menghadapi kes tuntutan dan dakwaan seumpama ini, Islam membawa suatu kaedah kehakiman yang bijaksana iaitu setiap orang yang mendakwa sebarang tuntutan mesti mengemukakan bukti keterangan menyokong dakwaannya sementara orang yang didakwa pula mesti bersumpah menafikan tuduhan tersebut.

โœ…3. Agama Islam adalah agama yang adil dan menyelesaikan masalah umatnya secara adil dan saksama.

#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Ÿ“šRujukan Hadis 40

<< Back