โRenungan Hadis Hari Iniโ
๐ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
๐ Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐คฒ
ุนููู ุฃูุจูู ุณูุนูููุฏู ุณูุนูุฏู ุจููู ุณูููุงูู ุงููุฎูุฏูุฑูู ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู ุฃูููู ุฑูุณููููู ุงูููู ุตููููู ุงููู ุนููู ูุณูููู
ู ููุงูู : ูุงู ุถูุฑูุฑู ูููุงู ุถูุฑูุงุฑู. (ุญูุฏูููุซู ุญูุณููู ุฑูููุงูู ุงุจููู ู
ูุงุฌูู ููุงูุฏููุงุฑูููุทูููู ููุบูููุฑูููู
ูุง ู
ูุณูููุฏุงูุ ููุฑูููุงูู ู
ูุงููู ููู ุงููู
ูููุทููุฃ ู
ูุฑูุณููุงู)
Daripada Abu Sa’id ibn Malik ibn Sinan Al-Khudrie R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Tidak ada mudharat dan tidak boleh melakukan kemudharatan. (Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh Al-lmam lbnu Majah dan Al-Daraqutnie dan lain-lain. la juga diriwayatkan oleh Al-lmam Malik dalam kitab Muwattha’ dengan mursal).
๐ Kandungan Hadis:
๐1. Hadis ini adalah ringkas tetapi cukup padat dari segi makna dan pengertiannya.ย Rasulullah S.A.W melarang untuk melakukan kemudharatan kepada diri sendiri dan kepada orang lain.
๐2. Rasulullah S.A.Wย menyebut kemudharatan itu secara umum, kerana jenis kemudharatan itu banyak serta dilakukan orang dengan pelbagai cara.
๐Pengajaran:
๐1. Hadis ini menjelaskan suatu prinsip utama dalam kehidupan lslam, iaitu jangan mencari mudharat untuk diri sendiriย dan janganย menyebabkan kemudharatan terhadap orang lain. la adalah suatu prinsip yang agung demi kesejahteraan umat manusia sama ada muslim atau bukan muslim.
๐2. Seseorang mukmin dilarang mencari susah atau mudharat yang boleh menimpa dirinya sendiri atau menimpa orang lain. Agama lslam menggalakkan umatnya mencari keharmonian hidup.
๐3. Sebarang perbuatan yang membawa mudharat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera atau lambat, sedikit atau banyak semuanya dilarang diย sisi syarak.
#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Rujukan Hadis 40