🔖Siri 31:Surah At-Taghaabun (64 :Ayat 15) Manusia akan Diuji dengan Harta Benda & Anak²
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak. Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

إِنَّمَاۤ أَمۡوَ ٰ⁠لُكُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةࣱۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥۤ أَجۡرٌ عَظِیمࣱ ﴿ ١٥ ﴾

“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.”
(Surah At-Taghaabun ayat : 15)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🍃 Allah S.W.T menjelaskan di dalam ayat ini bahawa manusia akan diuji dengan harta benda dan anak-anak.

🍃 Maka, orang-orang yang berjaya melepasi ujian tersebut, akan dikurniakan pahala yang besar di sisi Allah S.W.T.

🕋 PENGAJARAN

🍃Jika manusia mencintai harta benda dan ank-anak melebihi kecintaannya kepada Allah S.W.T, maka kehidupannya tidak akan mendatangkan kebahagiaan.

🍃 Sebaliknya jika manusia mencintai Allah S.W.T melebihi cintanya kepada yang lain, maka ia akan mendapat pahala yang berlipat ganda dan diberkati segala urusannya.

🍃 Harta yang dicari dengan cara yang halal dan dibelanjakan dengan cara yang baik termasuklah tidak melupakan kewajipan berzakat, bersedekah dan sebagainya akan memberi manfaat kepada pemiliknya.

🍃 Begitu juga anak-anak yang dididik dengan sempurna mengikut ajaran Islam yang sebenar akan memberi kebaikan kepada kita di dunia dan di akhirat.

🍃 Mudah-mudahan kita dikurniakan rezeki yang penuh keberkatan dan anak yang soleh/solehah.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back