โRenungan Hadis Hari Iniโ
๐ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
๐ Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐คฒ
ุนููู ุฃูุจูู ุงููุนูุจููุงุณ ุณูููู ุจููู ุณูุนูุฏ ุงูุณููุงุนูุฏูู ุฑูุถููู ุงููู ุนููููู ููุงูู : ุฌูุงุกู ุฑูุฌููู ุฅูููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููููุงูู : ูุงู ุฑูุณููููู ุงูููู ุฏููููููู ุนูููู ุนูู
ููู ุฅูุฐูุง ุนูู
ูููุชููู ุฃูุญูุจูููููู ุงูููู ููุฃูุญูุจููููู ุงููููุงุณูุ ููููุงูู : ุงุฒูููุฏู ููู ุงูุฏููููููุง ููุญูุจูููู ุงููููุ ููุงุฒูููุฏู ููููู
ูุง ุนูููุฏู ุงููููุงุณู ููุญูุจูููู ุงููููุงุณู. [ุญุฏูุซ ุญุณู ุฑูุงู ุงุจู ู
ุงุฌุฉ ูุบูุฑู ุจุฃุณุงููุฏ ุญุณูุฉ]
Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Saโad al-Saโidi R.A berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi S.A.W seraya berkata:ย โWahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.โ Rasulullah S.A.W bersabda: โZuhudlah engkau akan dunia, nescaya Allah S.W.Tย akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu.โ (Hadis hasanย riwayat Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan)
๐ Kandungan Hadis:
๐1. Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.
๐2. Para sahabat sangat bersemangat melakukan sesuatu yang dapat mendatangkan kecintaan Allah S.W.T dan manusia.
๐ Pengajaran:
๐1. Zuhud terhadap dunia adalah seseorang yang meninggalkan sesuatu yang boleh melalaikannya dari mengingati Allah S.W.Tย dan beribadat kepadaNya.
๐2. Zuhud bukan bermaksud kita menolak kehidupan dunia, tetapi ianya bermaksud kita tidak menjadikan kehidupan dunia sebagai matlamat utama.
๐3. Buatlah yang terbaik di dunia termasuk dalam mencari harta kekayaan dan kesenangan,ย tetapi janganlah sehingga kita mengabaikan perintah dan suruhan Allah S.WT.
๐4. Matlamat utama seorang mukmin ialah mencapai keredhaanNya serta menggapai kebahagiaan akhirat yang kekal abadi.
๐5. Jauhilah perasaan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain, nescaya kita akan disukai.
๐Imam Ahmad pernah ditanya berkenaan orang yang berharta, adakah orang itu dikira sebagai orang yang zahid (iaitu orang yang bersifat zuhud)? Beliau menjawab:”Jika dia tidak gembira dengan bertambahnya harta, dan tidak bersedih dengan kurangnya harta, maka dia seorang yang zahid”.
#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Rujukan Hadis 40