๐Ÿ”–Siri 30: Suruhan & Larangan Allah SWT
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

โ—Renungan Hadis Hari Iniโ—

๐Ÿ•Œ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

๐Ÿ•Œ Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐Ÿคฒ

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุซูŽุนู’ู„ูŽุจูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฎูุดูŽู†ููŠ ุฌูุฑู’ุซููˆู’ู…ู ุจู’ู†ู ู†ูŽุงุดูุฑู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ุนูŽู†ู’ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ูŽ ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ููŽุฑูŽุถูŽ ููŽุฑูŽุงุฆูุถูŽ ููŽู„ุงูŽ ุชูุถูŽูŠู‘ูุนููˆู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุญูŽุฏู‘ูŽ ุญูุฏููˆู’ุฏุงู‹ ููŽู„ุงูŽ ุชูŽุนู’ุชูŽุฏููˆู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุญูŽุฑู‘ูŽู…ูŽ ุฃูŽุดู’ูŠูŽุงุกูŽ ููŽู„ุงูŽ ุชูŽู†ู’ุชูŽู‡ููƒููˆู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุณูŽูƒูŽุชูŽ ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุดู’ูŠูŽุงุกูŽ ุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู‹ ู„ูŽูƒูู…ู’ ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ู†ูุณู’ูŠูŽุงู†ู ููŽู„ุงูŽ ุชูŽุจู’ุญูŽุซููˆุง ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง [ุญุฏูŠุซ ุญุณู† ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุฏุงุฑู‚ุทู†ูŠ ูˆุบูŠุฑู‡]

Daripada Abi Tsaโ€™labah Al-Khusyani Jurtsumi bin Nasyirin R.A meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W, Baginda bersabda:ย Maksudnya: โ€œSesungguhnya Allah S.W.T telah menetapkan beberapa kewajipan, maka janganlah engkau meniggalkannya. Dan telah menentukan beberapa hudud (batas), maka janganlah engkau melampauinya. Dan telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah melanggarinya. Dan Dia telah diam daripada beberapa perkara sebab rahmat bagimu, bukannya kerana lupa, maka janganlah engkau mempersoalkannya.โ€ (Hadis ini hasan diriwayatkan oleh Al-Daruqutni dan lain-lain)

๐Ÿ•ŒKandungan Hadis:

Di dalam hadis ini Rasulullah S.A.W menjelaskan beberapa perkara :-

1. Memelihara kewajipan yang telah difardhukan.
2. Tidak melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T
3. Meninggalkan segala laranganNya
4. Perkara yang diharuskan

๐Ÿ•ŒPengajaran:

๐ŸŒผ1. Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi hukum Allah S.W.T sama ada berbentuk suruhan mahupun larangan.ย Hadis tersebut mengingatkan bahawa setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardhu yang Allah S.W.T fardhukan, jangan sampai dipersiakan begitu sahaja. Hukum yang dihadkan Allah S.W.T janganlah dilampaui daripada ketentuanNya.

๐ŸŒผ2. Demikian pula Allah S.W.T menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram, maka setiap mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan sampai dia mencabuli perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.

๐ŸŒผ3. Perkara-perkara yang didiamkan oleh Allah S.W.T yang tidak dinyatakan hukumnya samada halal atau haram,ย maka ia dihukumkan sebagai harus.

๐ŸŒผ4. Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan utama kita dalam menetapkan dan menyelesaikan sesuatu hukum dan perkara.

#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Ÿ“šRujukan Hadis 40

<< Back