🔖Siri 29: Surah An-Nisaa'(Ayat 56)⚡Ancaman Allah SWT Kepada Mereka Yang Kufur ⚡
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak. Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ.

إِنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا سَوۡفَ نُصۡلِیهِمۡ نَارࣰا كُلَّمَا نَضِجَتۡ جُلُودُهُم بَدَّلۡنَـٰهُمۡ جُلُودًا غَیۡرَهَا لِیَذُوقُوا۟ ٱلۡعَذَابَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَزِیزًا حَكِیمࣰا ﴿ ٥٦ ﴾

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-Tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah An-Nisaa’ ayat : 56)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🍃 Ayat ini menceritakan ancaman Allah S.W.T kepada mereka yang kufur ingkar kepada ayat-ayatNya dan rasulNya akan dicampakkan ke dalam neraka jahannam.

🍃 Mereka akan menerima azab seksa yang pedih dari Allah S.W.T.

🕋 PENGAJARAN

🍃 Allah S.W.T menyebut tentang penggantian kulit ahli neraka yang terbakar akan diganti dengan kulit yang baru, secara berterusan agar mereka merasai azab seksa dari Allah S.W.T sebagai balasan di atas kekufuran mereka semasa di dunia.

🍃 Kekufuran dan ingkar terhadap perintah-perintah Allah S.W.T akan menjadi penyebab manusia menerima azab seksaan yang pedih dari Allah S.W.T.

🍃 Oleh itu, hendaklah kita menjadi hamba Allah S.W.T yang beriman dan bertaqwa kepadaNya, agar kita mendapat nikmat syurga yang berkekalan dan dijauhi azab seksa api neraka.

🍃 Marilah sama-sama kita amalkan doa ini:

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”
(Surah Al-Baqarah ayat : 201)

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back