🔖Siri 28: Surah Al-Israa'(17:Ayat 37)⚡Janganlah Bersikap Sombong Dan Angkuh Dalam Kehidupan Dunia ⚡
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak. Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ.

وَلَا تَمۡشِ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولࣰا ﴿ ٣٧ ﴾

“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. ”
(Surah Al-Israa’ ayat : 37)

🕋 KANDUNGAN AYAT

⚡ Ayat ini berkaitan dengan larangan Allah S.W.T supaya tidak bersikap sombong dan angkuh ketika berjalan di muka bumi.

⚡ Di dalam ayat ini juga terdapat celaan bagi orang-orang musyrik yang suka bermegah-megah dan menyombongkan diri.

🕋 PENGAJARAN

⚡ Janganlah kita bersikap sombong dan angkuh dalam kehidupan dunia yang sementara ini, kerana ianya adalah perbuatan keji dan tercela.

⚡ Termasuk dikalangan orang yang sombong dan takabbur ialah mereka yang sombong dalam menerima kebenaran.

⚡ Elakkan diri kita daripada membuat kenyataan yang menunjukkan keangkuhan, menunjuk-nunjuk harta kekayaan serta merendahkan-rendahkan orang lain.

⚡ Sebaliknya, sebagai seorang Muslim, kita seharusnya menunjukkan akhlak yang baik dan bersifat tawadhuk serta merendah diri.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back