🔖Siri 27 : -Surah Ibrahim(14 :Ayat 7) ☘️Sentiasalah Kita Bersyukur Kepada Allah SWT..🤲🏻Janganlah Sesekali Kita Kufur KepadaNya.. ☘️
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ.

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ ﴿ ٧ ﴾

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras’.”
(Surah Ibrahim ayat : 7)

🕋 KANDUNGAN AYAT

Terdapat 3 kandungan utama ayat ini iaitu:

🪶 Syukur merupakan ungkapan rasa pengakuan diri seorang hamba atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

🪶 Allah S.W.T berjanji untuk menambah kenikmatan bagi hamba-hambaNya yang bersyukur.

🪶 Sikap kufur akan segala nikmat akan mengundang azab Allah S.W.T.

🕋 PENGAJARAN

🪶 Selalulah bersyukur walau sekecil perkara sekalipun. Nikmat Allah S.W.T kepada kita semua adalah terlalu banyak dan tidak terhitung.

🪶 Orang yang bersyukur adalah orang yang tahu berterima kasih. Tidak kira sedikit atau banyak rezeki dan nikmat yang telah diberi oleh Allah S.W.T, sentiasalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T.

🪶 Sebagai umat Islam, kita seharusnya malu untuk mengeluh kerana Allah S.W.T telah memberikan nikmat yang melimpah ruah.

🪶 Ambillah iktibar daripada kisah-kisah kaum terdahulu yang telah ditimpakan azab oleh Allah S.W.T akibat tidak bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakanNya.

🪶 Zahirkanlah rasa syukur dengan tindakan contohnya, nikmat kesihatan yang diberikan kemudian dimanfaatkan untuk beribadah kepada Allah S.W.T, dan nikmat harta benda yang dikurniakan Allah, kita zahirkannya dengan berkongsi dengan orang lain melalui zakat, sedekah dan infaq.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚Rujukan:Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back