🔖Siri 26 : -Surah Al-A’raaf (7 :Ayat 153)✨ Setiap Manusia Tidak Akan Pernah Lari Dari Melakukan Dosa.. Bertaubatlah !🤲🏻 Allah Maha Pengampun ✨
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَٱلَّذِینَ عَمِلُوا۟ ٱلسَّیِّـَٔاتِ ثُمَّ تَابُوا۟ مِنۢ بَعۡدِهَا وَءَامَنُوۤا۟ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعۡدِهَا لَغَفُورࣱ رَّحِیمࣱ ﴿ ١٥٣ ﴾

“Dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-A’raaf ayat : 153)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🌈 Ayat ini berkenaan dengan saranan kepada mereka yang melakukan kejahatan, dosa dan maksiat supaya bertaubat dan beriman kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan.

🌈 Setelah manusia bertaubat dan beriman dengan sempurna, Allah S.W.T memberitahu bahawa Dia Maha Pengampun dan akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya.

🕋 PENGAJARAN

🌈 Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat agar Allah S.W.T menerima taubat kita dan memasukkan kita ke dalam syurgaNya.

🌈 Selepas bertaubat dengan sebenar-benar taubat, perbaikilah diri untuk menjadi insan yang baik dan patuh kepada perintah Allah S.W.T.

🌈 Setiap manusia tidak akan pernah lari dari melakukan dosa, tetapi pendosa yang baik adalah mereka yang menyegerakan taubat dengan sebenar-benar taubat.

🌈 Walau sebesar mana dosa kita dengan Allah S.W.T, ingatlah Allah S.W.T itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, maka mohonlah keampunan dari Nya.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back