❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗
🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تُبۡطِلُوا۟ صَدَقَـٰتِكُم بِٱلۡمَنِّ وَٱلۡأَذَىٰ كَٱلَّذِی یُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَاۤءَ ٱلنَّاسِ وَلَا یُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ الأَخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفۡوَانٍ عَلَیۡهِ تُرَابࣱ فَأَصَابَهُۥ وَابِلࣱ فَتَرَكَهُۥ صَلۡدࣰاۖ لَّا یَقۡدِرُونَ عَلَىٰ شَیۡءࣲ مِّمَّا كَسَبُوا۟ۗ وَٱللَّهُ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَـٰفِرِینَ ﴿ ٢٦٤ ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riya’), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudia batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riya’ itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.”
(Surah Al-Baqarah ayat : 264)
🕋 KANDUNGAN AYAT
🔸 Ayat ini adalah sambungan ayat-ayat sebelumnya yang mendorong orang mukmin membelanjakan harta di jalan Allah S.W.T.
🔸 Allah S.W.T memberi peringatan kepada orang-orang yang beriman yang mana sedekah yang diiringi dengan perkataan yang mengungkit-ungkit dan perbuatan yang menyakiti atau menyinggung penerimanya, serta bersedekah dengan tujuan menunjuk-nunjuk sama sekali tidak ada manfaatnya. Malah ia akan menghapus segala pahala sedekah tersebut.
🕋 PENGAJARAN
🔸 Amalan atau perbuatan yang baik perlulah disertakan dengan niat yang baik agar segala apa yang dilakukan diterima oleh Allah S.W.T.
🔸Diharamkan untuk kita bersedekah dalam keadaan mengungkit dan menyakiti hati penerima, serta kita bersedekah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, maka amalan ini hanyalah sia-sia sahaja.
🔸 Perbuatan-perbuatan ini adalah tanda seseorang itu tidak mempunyai keimanan yang sebenar kepada Allah S.W.T dan hari akhirat.
🔸 Utamakan keikhlasan dalam setiap perkara untuk mencari keredhaan Allah S.W.T dan bukannya dengan mengejar pujian daripada manusia semata-mata.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran
📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman