🔖Siri 24 : -Surah Al-Anfal (8 :Ayat 2)- 💓 Didiklah Hati Agar Sentiasa Takut dan Gementar Kepada Allah SWT 💓
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

‎إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِيمَٰنٗا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ (٢)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”

(Surah Al-Anfal ayat : 2)

🕋 KANDUNGAN AYAT

Ayat ini menyatakan antara sifat-sifat mukmin yang sebenar iaitu :

🌺 Apabila disebut nama Allah S.W.T, hati mereka merasai kebesaran dan kekuasaanNya lalu membangkitkan perasaan takut dan gementar kepada Allah S.W.T.

🌺 Keimanan mereka kepada Allah S.W.T akan bertambah apabila mendengar dan menghayati ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan.

🌺 Mereka bertawakkal kepada Allah S.W.T dengan berserah diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T.

🕋 PENGAJARAN

🌺 Didiklah hati agar sentiasa takut dan gementar kepada Allah S.W.T terutamanya dengan menghayati ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan larangan-laranganNya, ancaman-ancaman neraka kepada golongan yang ingkar serta hendaklah kita sentiasa membesarkan kekuasaan dan keagungan Allah S.W.T.

🌺 Berilah tumpuan pada bacaan Al-Quran dengan menghadirkan hati dan minda untuk merenungi maksudnya agar bertambah keimanan dan keyakinan kita kepada ayat-ayat Allah S.W.T yang merupakan mukjizat teragung untuk kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.

🌺 Bertawakallah kepada Allah S.WT dalam setiap urusan setelah melakukan usaha dengan bersungguh-sungguh.

📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back