🔖Siri 23 : -Surah Al-Baqarah ( 2 :Ayat 132)- 🟡 Berwasiatlah Kepada Anak-Anak Sebagaimana Wasiat Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ya’qub A.S 🟡
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

‎وَوَصَّىٰ بِهَاۤ إِبۡرَ ٰ⁠هِـۧمُ بَنِیهِ وَیَعۡقُوبُ یَـٰبَنِیَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّینَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ﴿ ١٣٢ ﴾

“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Ya’qub (berwasiat kepada anak-anaknya): ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam’.”
(Surah Al-Baqarah ayat : 132)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🟡 Ayat ini menceritakan tentang Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ya’qub A.S memberi wasiat kepada anak-anak dan zuriat keturunan mereka agar berpegang teguh kepada agama tauhid yang sebenar iaitu Islam.

🟡 Di dalam ayat ini juga ditegaskan agar kita semua janganlah mati kecuali di dalam Islam dan menjadikan Islam sebagai agama di dalam kehidupan.

🕋 PENGAJARAN

🟡 Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah S.W.T dan Islam satu-satunya cara hidup yang dipilih oleh Allah S.W.T untuk hamba-hambaNya di dunia ini.

🟡 Maka hendaklah kita menerimanya dengan penuh tunduk dan patuh terhadap segala syariat Allah S.W.T yang dibawa oleh Nabi S.A.W kepada kita semua.

🟡 Anak-anak perlu diberi kefahaman dan didikan mengenai iman atau akidah serta ajaran Islam yang sebenar supaya mereka terikat dan terdidik dengan nilai-nilai agama Islam sejak dari kecil.

🟡 Dalam masa yang sama hendaklah kita sentiasa berpesan dan memanjatkan doa kepada anak cucu kita agar mereka sentiasa istiqamah dan berpegang teguh dengan syariat Islam.

🟡 Bersyukurlah kita dengan nikmat Islam yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita. Zahirkan kesyukuran ini dengan beramal sebaiknya terhadap semua tuntutan agama dan semoga kita serta zuriat keturunan kita tidak mati melainkan dalam keadaan Islam. Amin Ya Rabb.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back