🔖Siri 22 : -Surah Al-Nahl (16 :Ayat 125)- ✨ Menyeru Umat Manusia Kepada Agama Allah SWT dgn Bil hikmah,Al-Maui’zah Al-Hasanah dan Mujadalah Bil Lati Hiya Ahsan ✨
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

‎ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِیلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِینَ ﴿ ١٢٥ ﴾

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah An-Nahl ayat : 125)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🥀 Ayat ini berkaitan seruan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W supaya mengajak umat manusia kepada agama Allah S.W.T dengan hikmah kebijaksanaan (Bil Hikmah), nasihat yang baik (Al-Maui’zah Al-Hasanah) dan berdebat atau berbahas dengan cara yang baik dan lemah lembut (Mujadalah Bil Lati Hiya Ahsan).

🥀 Ayat ini turut menyatakan bahawa Allah S.W.T lebih mengetahui siapa daripada hamba-hambaNya yang mendapat petunjuk dan siapa dikalangan hamba-hambaNya yang sesat.

🕋 PENGAJARAN

🥀 Menyeru manusia kepada agama Allah S.W.T merupakan satu ibadah yang sangat mulia. Tugas ini telah digalas oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan penuh hikmah dan bijaksana serta sabar sehingga nur hidayah Islam itu kita nikmati kini.

🥀 Dakwah merupakan tugas utama para rasul dan anbia’. Disebabkan itu tugas dakwah ini sangat mulia. Melaksanakan dakwah Islamiah ini merupakan sebahagian tanda kita mencintai Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

🥀 Kaedah dakwah yang pelbagai sebagaimana yang diterangkn dalam ayat ini iaitu dengan penuh hikmah, peringatan atau nasihat yang baik dan berbahas dengan cara yang lebih baik adalah bergantung kepada siapa sasaran dakwah kita, maka gunakanlah pada tempat dan masa yang sesuai.

🥀 Setiap pendakwah mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran serta kepakaran bagi menyampaikan risalah Islam kepada seluruh lapisan masyarakat dengan baik dan berkesan.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

 

<< Back