🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
یَـٰبُنَیَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَاۤ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَ ٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ ﴿ ١٧ ﴾
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.”
(Surah Luqman ayat : 17)
🕋 KANDUNGAN AYAT
🍁 Ayat ini ialah berkaitan wasiat atau pesanan Luqman kepada anaknya yang dinukilkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang mana ianya berkaitan 3 perkara (dari beberapa wasiat Luqman kepada anaknya di dalam surah ini).
🍁 Tiga wasiat dalam ayat ini ialah perintah agar manusia mendirikan solat sebagai ibadah asas yang paling penting dalam syariat Islam. Kemudian diikuti dengan perintah agar mengajak manusia melakukan kebaikan (amar makruf) dan melarang atau mencegah melakukan kejahatan (nahi mungkar) serta bersabar atas apa sahaja yang dihadapi.
🕋 PENGAJARAN
🍁 Peliharalah solat fardhu kerana ia sangat penting dalam kehidupan seseorang mukmin.
🍁 Ibadat solat yang sempurna mampu mendekatkan seorang hamba kepada Allah S.W.T.
🍁 Seorang hamba yang menjaga solat dengan sempurna juga akan terhindar dari segala perbuatan keji dan mungkar.
🍁 Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran adalah satu sifat sebaik-baik ummah yang menjadi kewajipan kita semua.
🍁 Segala musibah dan ujian yang menimpa kita, hendaklah kita menerimanya dengan penuh redha serta menempuhinya dengan penuh kesabaran dan menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah S.W.T.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran
📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman