🕌Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
🕌Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..🤲
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: ( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ ) رواه الترمذي وقال حدیث حسن صحيح
وفي روایة غير الترمذي ( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا )
Daripada Abu al-‘Abbas, Abdullah ibn Abbas, R.A. beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi S.A.W pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya). Hadis riwayat al-lmam at-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain at-Tirmizi, hadis berbunyi: Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.
(Riwayat At-Tirmizi)
🕌 Kandungan Hadis:
🌻 Hadis ini berkaitan kewajipan seorang muslim untuk menjaga hak Allah S.W.T. Menjaga hak Allah S.W.T iaitu kita melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya.
🌻 Dengan itu Allah S.W.T akan menjaga kemaslahatan duniawi kita, dipelihara agama dan iman serta terjaga dari perkara yang menyesatkan dan haram.
🌻 Meminta pertolongan hanyalah pada Allah S.W.T dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat serta bersabar di atas takdir yang menimpa.
🌻 Mengingati Allah ketika senang, maka Allah S.W.T akan mengingatimu ketika susah.
🕌 Pengajaran:
🌻 Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah S.W.T pada setiap masa dan tempat, lebih-lebih lagi ketika dalam kesenangan.
🌻 Segala permintaan, pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah S.W.T semata-mata. Tidak ada makhluk lain yang mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah S.W.T jua.
🌻 Segala apa yang berlaku adalah ketetapan Allah S.W.T, bukannya sebab dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau mudharat kepada manusia yang lain.
🌻 Umat Islam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan bersamanya ada kesenangan.
❤️[ اِحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ ]
JAGALAH ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENJAGAMU.
🍃 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد ٍ🍃
#Jom Sama² Kita Hayati & Amalkan
📚 Rujukan Hadis 40