๐Ÿ”–Siri 18 : Takwa Tanda Keikhlasan Iman Seseorang Hamba ๐Ÿคฒ
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

๐Ÿ•ŒHadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

๐Ÿ•ŒSemoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐Ÿคฒ

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุฐูŽุฑู‘ ุฌูู†ู’ุฏูุจู’ ุจู’ู†ู ุฌูู†ูŽุงุฏูŽุฉูŽ ูˆูŽุฃูŽุจููŠ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ู…ูุนูŽุงุฐ ุจู’ู† ุฌูŽุจูŽู„ู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ุนูŽู†ู’ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุงูุชู‘ูŽู‚ู ุงู„ู„ู‡ูŽ ุญูŽูŠู’ุซูู…ูŽุง ูƒูู†ู’ุชูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุชู’ุจูุนู ุงู„ุณู‘ูŽูŠู‘ูุฆูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉูŽ ุชูŽู…ู’ุญูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฎูŽุงู„ูู‚ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ุจูุฎูู„ูู‚ู ุญูŽุณูŽู†

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’az ibn Jabal R.A daripada Rasulullah S.A.W, bahawa Baginda S.A.W bersabda: “Bertakwalah engkau kepada Allah S.W.T walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaul lah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.”
(Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

๐Ÿ•Œ Kandungan Hadis:

๐Ÿ„ Di dalam hadis ini Rasulullah S.A.W memerintahkan kita semua bertakwa kepada Allah S.W.T walau di mana sahaja kita berada.

๐Ÿ„ Kejahatan (yang dimaksudkan kejahatan dalam hadis ini ialah dosa-dosa kecil) yang dikerjakan oleh seseorang dapat dihapuskan dengan melakukan amal kebaikan selepas itu.

๐Ÿ„ Di akhir hadis, Rasulullah S.A.W menasihatkan agar kita semua bergaul sesama manusia dengan cara yang baik dan akhlak yang terpuji.

๐Ÿ•Œ Pengajaran:

๐Ÿ„ Takwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun ketika keseorangan. Ini adalah tanda keikhlasan iman dan ketakwaan seseorang hamba.

๐Ÿ„ Seseorang hamba yang melakukan dosa-dosa kecil, dosa-dosa tersebut akan terhapus bilamana kita mengerjakan amal ibadat seperti solat, berwudhu’, bersedekah dan amal-amal ibadat yang lain.

๐Ÿ„ Adapun dosa-dosa besar, maka penghapusnya ialah dengan bertaubat kepada Allah S.W.T dengan taubat nasuha mengikut syarat-syaratnya.

๐Ÿ„ Bilamana hubungan kita dengan Allah S.W.T terjaga (dengan bertakwa kepada Allah S.W.T iaitu dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya), maka kesannya ialah hubungan kita sesama manusia juga akan baik dan terpelihara dengan nilai-nilai akhlak yang mulia.

๐Ÿƒ ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ูŽุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขูู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏ ู๐Ÿƒ

#Jom Samaยฒ Kita Hayati & Amalkan
๐Ÿ“š Rujukan Hadis 40

<< Back