🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
وَأَوۡفُوا۟ ٱلۡكَیۡلَ إِذَا كِلۡتُمۡ وَزِنُوا۟ بِٱلۡقِسۡطَاسِ ٱلۡمُسۡتَقِیمِۚ ذَ ٰلِكَ خَیۡرࣱ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِیلࣰا ﴿ ٣٥ ﴾
“Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).”
(Surah Al-Israa’ ayat : 35)
🕋 KANDUNGAN AYAT
⌛ Ayat ini menerangkan tentang urusan jual beli di mana, Allah S.W.T memerintahkan agar sukatan dan timbangan yang dilakukan haruslah dilakukan dengan benar tanpa melakukan penipuan dan pengurangan.
⌛ Allah S.W.T turut menjanjikan kesan dan kesudahan yang baik di dunia dan di akhirat bagi mereka yang menyempurnakan timbangan dan sukatan dengan penuh kejujuran.
🕋 PENGAJARAN
⌛ Dalam Islam, perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang mulia, yang mana ianya merupakan ibadah dan juga sunnah Rasulullah S.A.W.
⌛ Bagi mereka yang jujur dan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang-orang yang soleh dan syuhada’.
⌛ Namun sebaliknya, sekiranya ia dilakukan diluar batasan syariat Islam seperti menipu dan sebagainya, maka ianya mengundang padah dan kemurkaan Allah S.W.T.
⌛ Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan timbangan ialah perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan.
⌛ Selain mengejar keuntungan dalam sesuatu perniagaan, Islam mengajar umatnya agar mencari rezeki yang halal dan penuh keberkatan agar hidup aman, makmur dan sejahtera di dunia dan di akhirat.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran
📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman