โRenungan Hadis Hari Iniโ
ุนููู ู
ูุนูุงุฐู ุจููู ุฌูุจููู ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู ููุงูู: ููููุช ููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู! ุฃูุฎูุจูุฑูููู ุจูุนูู
ููู ููุฏูุฎูููููู ุงููุฌููููุฉู ููููุจูุงุนูุฏูููู ู
ููู ุงููููุงุฑูุ ููุงูู: “ููููุฏู ุณูุฃูููุช ุนููู ุนูุธููู
ูุ ููุฅูููููู ููููุณููุฑู ุนูููู ู
ููู ููุณููุฑููู ุงูููููู ุนููููููู: ุชูุนูุจูุฏู ุงูููููู ููุง ุชูุดูุฑููู ุจููู ุดูููุฆูุงุ ููุชููููู
ู ุงูุตููููุงุฉูุ ููุชูุคูุชูู ุงูุฒููููุงุฉูุ ููุชูุตููู
ู ุฑูู
ูุถูุงููุ ููุชูุญูุฌูู ุงููุจูููุชูุ ุซูู
ูู ููุงูู: ุฃูููุง ุฃูุฏููููู ุนูููู ุฃูุจูููุงุจู ุงููุฎูููุฑูุ ุงูุตููููู
ู ุฌููููุฉูุ ููุงูุตููุฏูููุฉู ุชูุทูููุฆู ุงููุฎูุทููุฆูุฉู ููู
ูุง ููุทูููุฆู ุงููู
ูุงุกู ุงููููุงุฑูุ ููุตูููุงุฉู ุงูุฑููุฌููู ููู ุฌููููู ุงููููููููุ ุซูู
ูู ุชูููุง: ” ุชูุชูุฌูุงููู ุฌููููุจูููู
ู ุนููู ุงููู
ูุถูุงุฌูุนู ” ุญูุชููู ุจูููุบู “ููุนูู
ูููููู”ุ ุซูู
ูู ููุงูู: ุฃูููุง ุฃูุฎูุจูุฑูู ุจูุฑูุฃูุณู ุงููุฃูู
ูุฑู ููุนูู
ููุฏููู ููุฐูุฑูููุฉู ุณูููุงู
ูููุ ููููุช: ุจูููู ููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู. ููุงูู: ุฑูุฃูุณู ุงููุฃูู
ูุฑู ุงููุฅูุณูููุงู
ูุ ููุนูู
ููุฏููู ุงูุตููููุงุฉูุ ููุฐูุฑูููุฉู ุณูููุงู
ููู ุงููุฌูููุงุฏูุ ุซูู
ูู ููุงูู: ุฃูููุง ุฃูุฎูุจูุฑูู ุจูู
ูููุงูู ุฐููููู ูููููููุ ูููููุช: ุจูููู ููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู ! ููุฃูุฎูุฐู ุจูููุณูุงูููู ููููุงูู: ููููู ุนูููููู ููุฐูุง. ููููุช: ููุง ููุจูููู ุงูููููู ููุฅููููุง ููู
ูุคูุงุฎูุฐูููู ุจูู
ูุง ููุชููููููู
ู ุจูููุ ููููุงูู: ุซูููููุชูู ุฃูู
ููู ูููููู ููููุจูู ุงููููุงุณู ุนูููู ููุฌููููููู
ู -ุฃููู ููุงูู ุนูููู ู
ูููุงุฎูุฑูููู
ู- ุฅูููุง ุญูุตูุงุฆูุฏู ุฃูููุณูููุชูููู
ูุ!” .
ุฑูููุงูู ุงูุชููุฑูู
ูุฐูููู ููููุงูู: ุญูุฏููุซู ุญูุณููู ุตูุญููุญู
Daripada Mu’az ibn Jabal R.A. beliau berkata: Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur’an yang bererti: (Tulang-tulang rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah lakukan). Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu’az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya – atau Baginda bersabda – dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih.
๐Kandungan Hadis:
โ 1. Hadis ini menjelaskan kepada kita kesungguhan para sahabat dalam bertanyakan Rasulullah S.A.W apakahย amalan-amalan yang membolehkan mereka untuk masuk syurga dan menjauhkan mereka dari neraka.
โ 2. Baginda S.A.W menerangkan amalan-amalan tersebut ialah beriman kepada Allah S.W.T dan tidak mensyirikkanNya, mengerjakan semua kewajipan dan amalan-amalan sunat serta menjaga lidah.
๐ Pengajaran:
โ 1. Hadis ini menjadi dalil kepada kita bahawa amal kebajikan yang dilakukan adalah menjadi penyebab seorang hamba masuk syurgaNya, selain rahmat Allah S.W.T (yang menjadi penyebab utama masuk syurga).
โ 2. Kita hendaklah beriman kepada Allah S.W.T dan tidak mensyirikkanNya serta melaksanakan segala ibadat yang wajib dengan sempurna. Dalam masa yang sama kita hendaklah memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti bersedekah dan berqiamullail agar ianya menjadi perisai diri dan mencapai keredhaanNya.
โ 3. Tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. Seorang mukmin sejati mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran dan rintangan.
โ 4. Antaraย anggotaย paling banyak terdedah melakukan maksiat ialah lidah. Seseorangย yang dapat menjaga lidahnya daripada perbuatan jahat dan maksiat,ย Rasulullah S.A.W menjamin bahawa dia akan masuk syurga. Setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah S.W.T. Ramai manusia yang dihumbankan ke neraka akibat dosa-dosa lidahnya.
#Samasama kita hayati dan amalkan
๐Rujukan Hadis 40