๐ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
๐ Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐คฒ
ุนููู ุงูููููููุงุณู ุจูู ุณูู ูุนูุงูู ุฑูุถููู ุงูููู ุนูููููุ ุนููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงููู ุนููู ูุณูู ููุงูู : ุงููุจูุฑูู ุญูุณููู ุงููุฎููููู ููุงููุฅูุซูู ู ู ูุง ุญูุงูู ููู ููููุณููู ููููุฑูููุชู ุฃููู ููุทููููุนู ุนููููููู ุงููููุงุณู. [ุฑูููุงูู ู ูุณูููู ] .
ููุนููู ููุงุจูุตูุฉู ุจููู ู ูุนูุจูุฏ ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู ููุงูู : ุฃูุชูููุชู ุฑูุณููููู ุงูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููููุงูู : ุฌูุฆูุชู ุชูุณูุฃูู ุนููู ุงููุจูุฑูู ููููุชู : ููุนูู ูุ ููุงูู : ุงูุณูุชูููุชู ููููุจูููุ ุงููุจูุฑูู ู ูุง ุงุทูู ูุฃููููุชู ุฅููููููู ุงููููููุณู ููุงุทูู ูุฃูููู ุฅููููููู ุงููููููุจูุ ููุงููุฅูุซูู ู ู ูุง ุญูุงูู ููู ุงููููููุณู ููุชูุฑูุฏููุฏู ููู ุงูุตููุฏูุฑูุ ููุฅููู ุฃูููุชูุงูู ุงููููุงุณู ููุฃูููุชููููู [ุญุฏูุซ ุญุณู ุฑูููุงู ูู ู ุณูุฏู ุงูุฅู ุงู ูู ุฃุญู ุฏ ุจู ุญูุจู ูุงูุฏุงุฑู ู ุจุฅุณูุงุฏ ุญุณู]
Daripada Nawas bin Simโan R.A, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : โKebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnyaโ (Riwayat Muslim)
Dan daripada Wabishah bin Maโbad R.A dia berkata : โSaya mendatangi Rasulullah S.A.W, lalu baginda bersabda : Apakah engkau datang untuk bertanyakan tentang kebaikan ?, Saya menjawab : Benar!. Baginda bersabda : Mintalah fatwa kepada kamu sendiri. Kebaikan adalah apa-apa yang mententeramkan jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa-apa yang mengusik jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa yang membenarkanmu.โ (Hadits hasan. Kami meriwayatkannya dalam dua kitab Musnad dua orang imam: Ahmad bin Hambal dan Ad-Darimi dengan sanad hasan)
๐ Kandungan Hadis:
๐. Hadis ini menerangkan kepada kita untuk mengenali tanda-tanda orang yang melakukan kebaikan dan orang-orang yang melakukan dosa.
๐. Anjuran untuk berakhlak mulia kerana akhlak yang mulia termasuk unsur kebaikan yang sangat besar.ย Hati seorang mukmin akan tenang dengan perbuatan yang halal dan baik sertaย gusar dengan perbuatan haram yang mendatangkan dosa.
๐ Pengajaran:
๐. Seorang mukmin dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian berdasarkan iman dan firasatnya.
๐. Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara’ atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri.
๐. Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati (sikap dan pandangan kita sendiri) ialah kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya.
๐ Demikian juga keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati. Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara’ dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum-hakam agama.
#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Rujukan Hadis 40