๐Ÿ”– Siri 26:โ˜‚๏ธ Setiap Anggota Tubuh Badan Manusia Adalah Sedekahโ˜‚๏ธ
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

โ—Renungan Hadis Hari Iniโ—

๐Ÿ•Œ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

๐Ÿ•Œ Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐Ÿคฒ
ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู’ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : ูƒูู„ู‘ู ุณูู„ุงูŽู…ูŽู‰ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒุŒ ูƒูู„ู‘ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุชูŽุทู’ู„ูุนู ูููŠู’ู‡ู ุงู„ุดู‘ูŽู…ู’ุณู ุชูŽุนู’ุฏูู„ู ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงุซู’ู†ูŽูŠู’ู†ู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒุŒ ูˆูŽุชูุนููŠู’ู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ูŽ ูููŠ ุฏูŽุงุจู‘ูŽุชูู‡ู ููŽุชูŽุญู’ู…ูู„ูู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ุฃูŽูˆู’ ุชูŽุฑู’ููŽุนู ู„ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ู…ูŽุชูŽุงุนูŽู‡ู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ ูˆูŽุงู„ู’ูƒูŽู„ูู…ูŽุฉู ุงู„ุทู‘ูŽูŠู‘ูุจูŽุฉู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒุŒ ูˆูŽุจููƒูู„ู‘ู ุฎูุทู’ูˆูŽุฉู ุชูŽู…ู’ุดููŠู’ู‡ูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ ูˆูŽุชูู…ููŠู’ุทู ุงู’ู„ุฃูŽุฐูŽู‰ ุนูŽู†ู ุงู„ุทู‘ูŽุฑููŠู’ู‚ู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ (ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠ ูˆู…ุณู„ู…)

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.” ( Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

๐Ÿ•ŒKandungan Hadis:

โ˜‚๏ธ Hadis ini menjelaskan tentang keutamaan bersedekah dalam setiap perbuatan yang telah dilakukan oleh seorang mukmin yang mana ianya akan diberikan pahala oleh Allah S.W.T.

๐Ÿ•ŒPengajaran:

โ˜‚๏ธ. Seperti hadis 25, hadis ini juga menerangkan bahawa setiap amal perbuatan seorang mukmin walaupun kadang-kadang dianggap biasa atau sedikit tetap akan mendapat pahala sedekah.

โ˜‚๏ธ. Setiap pergerakan anggota tubuh badan manusia termasuklah tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila dirinya melakukan amal kebajikan.

โ˜‚๏ธ. Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala oleh Allah S.W.T.

โ˜‚๏ธ. Oleh itu, gunakanlah seluruh anggota badan dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita dengan sebaik-baiknya dan dilakukan ke arah jalan kebaikan.

#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Ÿ“šRujukan Hadis 40

<< Back