๐Ÿ”– Siri 25: Sedekah Dari Orang Miskin๐Ÿ’ซ
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

๐Ÿ•Œ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

๐Ÿ•Œ Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐Ÿคฒ
ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุฐูŽุฑู‘ู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู : ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู†ูŽุงุณุงู‹ ู…ูู†ู’ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ูŽุงู„ููˆุง ู„ูู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ุฐูŽู‡ูŽุจูŽ ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ุฏู‘ูุซููˆู’ุฑู ุจูุงู’ู„ุฃูุฌููˆู’ุฑู ูŠูุตูŽู„ู‘ููˆู’ู†ูŽ ูƒูŽู…ูŽุง ู†ูุตูŽู„ู‘ููŠุŒ ูˆูŽูŠูŽุตููˆู’ู…ููˆู’ู†ูŽ ูƒูŽู…ูŽุง ู†ูŽุตููˆู’ู…ูุŒ ูˆูŽูŠุชูŽุตูŽุฏู‘ูŽู‚ููˆู’ู†ูŽ ุจูููุถููˆู’ู„ู ุฃูŽู…ู’ูˆูŽุงู„ูู‡ูู…ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุฃูŽูˆูŽ ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู‚ูŽุฏู’ ุฌูŽุนูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู„ูŽูƒูู…ู’ ู…ูŽุง ุชูŽุตูŽุฏู‘ูŽู‚ููˆู’ู†ูŽ : ุฅูู†ู‘ูŽ ู„ูŽูƒูู…ู’ ุจููƒูู„ู‘ู ุชูŽุณู’ุจููŠู’ุญูŽุฉู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู‹ ูˆูŽูƒูู„ู‘ู ุชูŽูƒู’ุจููŠู’ุฑูŽุฉู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู‹ ูˆูŽูƒูู„ู‘ู ุชูŽุญู’ู…ููŠู’ุฏูŽุฉู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู‹ุŒ ูˆูŽูƒูู„ู‘ู ุชูŽู‡ู’ู„ููŠู’ู„ูŽุฉู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู‹ ูˆูŽุฃูŽู…ู’ุฑู ุจูุงู„ู’ู…ูŽุนู’ุฑููˆู’ูู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู‹ ูˆูŽู†ูŽู‡ู’ูŠู ุนูŽู† ู…ูู†ู’ูƒูŽุฑู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู‹ ูˆูŽูููŠ ุจูุถู’ุนู ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู‹ ู‚ูŽุงู„ููˆุง : ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽูŠูŽุฃู’ุชููŠ ุฃูŽุญูŽุฏูู†ูŽุง ุดูŽู‡ู’ูˆูŽุชูŽู‡ู ูˆูŽูŠูŽูƒููˆู’ู†ู ู„ูŽู‡ู ูููŠู’ู‡ูŽุง ุฃูŽุฌู’ุฑูŒ ุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุฃูŽุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูู…ู’ ู„ูŽูˆู’ ูˆูŽุถูŽุนูŽู‡ูŽุง ูููŠ ุญูŽุฑูŽุงู…ู ุฃูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูุฒู’ุฑูŒ ุŸ ููŽูƒูŽุฐูŽู„ููƒูŽ ุฅูุฐูŽุง ูˆูŽุถูŽุนูŽู‡ูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ุญูŽู„ุงูŽู„ู ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ุฃูŽุฌู’ุฑูŒ.

Daripada Abu Zarr R.A. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah S.A.W berkata kepada Nabi S.A.W: Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah S.W.Tย telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma’aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.
(Riwayat Muslim)

๐Ÿ•Œ Kandungan Hadis:

๐Ÿ Hadis ini menjelaskan kepada kita kesungguhan para sahabat yang kurang berkemampuan/miskin untuk berlumba-lumba melakukan amalan bersedekah seperti mereka yang kaya melakukannya.

๐Ÿ Maka Rasullah S.A.W menunjukkan kepada mereka apa yang mereka mampu kerjakan yang juga dianggap sebagai sedekah.

๐Ÿ•Œ Pengajaran:

๐Ÿ Para sahabat Rasulullah S.A.W telah menunjukkan suatu teladan yang baik di mana mereka sentiasa berusaha dan berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan termasuklah bersedekah.

๐Ÿ Rasulullah S.A.W menjawab persoalan para sahabat radhiallahu anhumย (R.A) dengan penuh bijaksana, tepat dan berhemah sehingga menggembirakan & memuaskan hati mereka.

๐Ÿ Rasulullah S.A.W menunjukkan kepada mereka dan kita semua bahawa jalan untuk melakukan amal kebaikan itu banyak, termasuk bagiย golongan yang miskin.

๐Ÿ Amalan-amalan tersebut seperti bertasbihย ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ู, bertahmidย ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูู„ู„ู‡ู, bertahlil ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‡, menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.

๐Ÿ Semua ini diberi ganjaran pahala dan dianggap sebagai sedekah sehingga melakukan hubungan intim suami isteri juga dianggap sebagai sedekah.

๐Ÿ Hadis ini juga sebagai satu motivasi kepada golongan yang miskin dan kurang berkemampuan,ย untuk melakukan amal kebaikan setakat apa yang kita mampu serta ianya bukan menjadi penghalang.

#Jom sama-sama bersedekah
#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Ÿ“–Rujukan Hadis 40

<< Back