❗Renungan Hadis Hari Ini❗
🕌Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
🕌Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..🤲🏻
عن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صلی الله عليه و سلم فَقَالَ: أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ الْمَكْتُوبَاتَ، وَصُمْتُ رَمَضَانَ، وَأَحْلَلْتُ الْحَلاَلَ، وَحَرَّمْتُ الْحَرَامَ، وَلَمْ أَزِدْ عَلَى ذَلِكَ شَيْئاً، أَدْخُلُ الْجَنَّةَ؟ قَالَ: نَعَمْ
Daripada Abu Abdullah Jabir Ibn Abdullah Al-Ansari R.A, beliau meriwayatkanbahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah S.A.W, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga?Baginda S.A.W bersabda: Ya! (Hadis Riwayat Muslim)
🕌 Kandungan Hadis:
🌈 Hadis ini menerangkan kepada kita apabila seorang Muslim telah melaksanakan kewajipannya dengan sempurna, meninggalkan segala yang diharamkan serta menunaikan segala yang diperintahkan kepadanya, maka syurgalah tempatnya.
🌈 Ini merupakan salah satu uslub atau kaedah jawapan Nabi S.A.W mengikut keadaan orang yang bertanya, bilamana Nabi S.A.W berkata, baginya syurga walaupun tidak menunaikan amalan-amalan sunat yang lain (dengan syarat amalan-amalan yang wajib adalah disempurnakan dengan sebaiknya).
🕌 Pengajaran:
🌈 Menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram bukan hanya dengan lidah tetapi hendaklah secara di praktikkan, iaitu dengan mengerjakan apa yang halal dan meninggalkan segala perkara yang haram.
🌈 Orang Islam hendaklah bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran Islam yang diperintahkan seperti solat, puasa, haji dan amal-amal kebaikan yang lain serta meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah S.W.T dan RasulNya.
🌈 Dalam masa yang sama, kita hendaklah berusaha melaksanakan amalan-amalan sunat yang lain agar ianya lebih sempurna serta mendekatkan lagi hubungan kita dengan Allah S.W.T.
#Sama-sama kita hayati dan amalkan
📚 Rujukan Hadis 40