๐Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah di ucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
๐Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐คฒ๐ป
ุนููู ุฃูุจูู ุนูู ูุฑู ูููููููู : ุฃูุจูู ุนูู ูุฑูุฉู ุณูููููุงูู ุจููู ุนูุจูุฏู ุงูููู ุงูุซููููููู ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู ููุงูู : ููููุชู : ููุง ุฑูุณููููู ุงูููู ูููู ููู ููู ุงููุฅูุณููุงูู ู ูููููุงู ูุงู ุฃูุณูุฃููู ุนููููู ุฃูุญูุฏุงู ุบูููุฑููู . ููุงูู : ูููู ุขู ูููุชู ุจูุงูููู ุซูู ูู ุงุณูุชูููู ู
Daripada Abu `Amru – atau digelar juga Abu `Amrah – Sufian ibn Abdullah R.A. beliau berkata: “Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.”
(Riwayat Muslim)
๐ Kandungan Hadis:
๐๏ธ Pada hadis ini Rasulullah S.A.W telah menerangkan jawapan kepada Sufian bin Abdullah yang bertanya tentang agama dan syariatnya.
๐๏ธ Jawapan yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W adalah ringkas tetapi padat iaitu meliputi segala pengertian agama Islam dari segi akidah atau iman dan amalnya.
๐๏ธ Seterusnya Rasulullah S.A.W memerintahkan supaya beristiqamah dengan tuntutan keimanan tersebut iaitu tidak menyeleweng dan menyimpang dari garis-garis yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
๐ Pengajaran:
๐๏ธ Seorang mukmin dituntut agar sentiasaย mengambil berat soal imanย dan akidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah S.W.T seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan iman itu.
๐๏ธย Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai dari amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan.
๐๏ธ Istiqamah perbuatan dan amalan meliputi tekun bekerja melakukan apa sahaja yang baik yang diredhai Allah S.W.Tย meliputi sikap dedikasi, rajin, tidak mudah putus asa dan sentiasa menegakkan kebenaran dalam perbuatan seharian.
๐๏ธ Istiqamah merupakan darjat yang tinggi dimana para sahabat Rasulullah S.A.Wย memiliki keinginan yang kuat dalam menjaga agama dan meningkatkan keimanan mereka.
#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐ Rujukan Hadis 40