๐Ÿ”– Siri 20: ๐ŸƒPerbuatan Mencerminkan Kesopanan Seseorang Antaranya Sifat Malu๐Ÿƒ
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

๐Ÿ•ŒHadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah di ucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

๐Ÿ•ŒSemoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐Ÿคฒ

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽูุจูŠ ู…ูŽุณู’ุนููˆู’ุฏู ุนูู‚ู’ุจูŽุฉูŽ ุจูู†ู’ ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุงู„ุฃูŽู†ู’ุตูŽุงุฑููŠู‘ู ุงู„ุจูŽุฏู’ุฑููŠู‘ู ุฑูŽุถูู‰ูŽ ุงู„ู„ู‡ ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู… : ุฅูู†ู‘ูŽ ู…ูู…ู‘ูŽุง ุฃูŽุฏู’ุฑูŽูƒูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู…ูู†ู’ ุขูŽู„ุงูŽู…ู ุงู„ู†ู‘ูุจููˆู‘ูŽุฉู ุงู„ุฃููˆู’ู„ูŽู‰: ุฅูุฐูŽุง ู„ูŽู…ู’ ุชูŽุณู’ุชูŽุญู ููŽุงุตู’ู†ูŽุนู’ ู…ูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah ibn ‘Amru Al-Ansari Al-Badri R.A. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

๐Ÿ•Œ Kandungan Hadis :

๐ŸŒฑ Hadis ini walaupun ringkas tetapi padat dan tepat. Cukuplah untuk dijadikan pedoman atau pengukur nilai akhlak seseorang dari segi perbuatannya.

๐ŸŒฑ Kerana perbuatan mencerminkan kesopanan seseorang. Orang yang sopan tidak mahu berbuat sesuatu yang memalukan atau yang mendatangkan kecelaan.

๐ŸŒฑ Malu adalah adab dan tata tertib kehidupan dunia dan beragama sejak dari syariat para rasul dan nabi-nabi yang terdahulu.

๐Ÿ•Œ Pengajaran :

๐ŸŒฑ Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali denganย kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.

๐ŸŒฑ Manusia dikawal olehย nafsu yang tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, ianya dapat membendung seseorangย  menjurus ke arah kemuliaan.

๐ŸŒฑ Satu daripada sifat orang beriman ialah memiliki perasaan malu untuk melakukan maksiat dan malu jika tidak melaksanakan perintah Allah S.W.T dan RasulNya.

#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Ÿ“š Rujukan Hadis 40

<< Back