โ— ๐Ÿ”–Siri 35: Jauhi Sifat Dengki
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

โ—Renungan Hadis Hari Ini

๐Ÿ•Œ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Insya Allah..๐Ÿคฒ

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ๏ทบ: ยซู„ุงูŽ ุชูŽุญูŽุงุณูŽุฏููˆุงุŒ ูˆูŽู„ุงูŽุชูŽู†ูŽุงุฌูŽุดููˆุงุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽุจูŽุงุบูŽุถููˆุงุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽุฏูŽุงุจูŽุฑููˆุงุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ูŠูŽุจูุนู’ ุจูŽุนู’ุถููƒูู…ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุจูŽูŠู’ุนู ุจูŽุนู’ุถูุŒ ูˆูŽูƒููˆู’ู†ููˆุง ุนูุจูŽุงุฏูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฅูุฎูˆูŽุงู†ุงู‹. ุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ู ุฃูŽุฎููˆ ุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ูุŒ ู„ุงูŽ ูŠูŽุธู’ู„ูู…ูู‡ูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ูŠูŽุฎุฐูู„ูู‡ูุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽูƒู’ุฐูุจูู‡ูุŒ ูˆูŽู„ูŽุงูŠูŽุญู’ู‚ูุฑูู‡ู. ุงู„ุชูŽู‘ู‚ู’ูˆูŽู‰ ู‡ูŽุงู‡ูู†ูŽุง -ูˆูŽูŠูุดููŠู’ุฑู ุฅูู„ูŽู‰ ุตูŽุฏู’ุฑูู‡ู ุซูŽู„ุงูŽุซูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุงุชู- ุจูุญูŽุณู’ุจู ุงู…ู’ุฑูู‰ุกู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ุฑูู‘ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุญู’ู‚ูุฑูŽ ุฃูŽุฎูŽุงู‡ู ุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ูŽ. ูƒูู„ูู‘ ุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ู ุญูŽุฑูŽุงู…ูŒ: ุฏูŽู…ูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ู ูˆูŽุนูุฑู’ุถูู‡ูยป ุฑูŽูˆูŽุงู‡ู ู…ูุณู’ู„ูู…ูŒ.

Dari Abu Hurairah R.Aย dia berkata : Rasulullah S.A.Wย bersabda : Janganlah kamu saling dengkiย mendengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain; haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya. (Riwayat Muslim)

๐Ÿ•ŒKandungan Hadis:

๐Ÿ1. Hadis ini mengandungi nilai utama dalam soal persaudaraan Islam, dimana ditegaskan secara perintah akan larangan-larangan yang tidak boleh dilanggar demi memelihara persaudaraan Islam.

๐Ÿ•Œ Pengajaran:

๐Ÿ1. Islam adalah agama yang sempurna yang mencakupi semua aspek kehidupan termasuklah dalam memelihara nilai-nilai akhlak serta menyemai sifat jujur dalam urusan muamalat atau berjual beli.

๐Ÿ2. Islam melarang umatnya untuk bersifat dengan sifat yang keji seperti berhasad dengki,ย bermusuh,ย memutuskan hubungan persaudaraan sesama Islam,ย menghina dan menganiaya seseorang dan menipu dalam berjual beli.

๐Ÿ3. Larangan-larangan ini wajib dihormati oleh semua umat Islam agar persaudaraan Islam kekal terpelihara dan kesejahteraan hidup terus dinikmati.

๐Ÿ 4. Rasulullah S.A.W mengisyaratkan “taqwa itu disini” sambil menunjukkan di dadanya sebanyak 3 kali untuk menyatakan kemuliaan seseorang manusia itu di sisi Allah S.W.T, terletak kepada ketinggian ketaqwaannya.

๐Ÿ 5. Wajib bagi setiap muslim untuk memelihara nyawa, harta dan kehormatan muslim yang lain.

#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Ÿ“šRujukan Hadis 40

<< Back