🔖Siri 30:Surah Al-Baqarah(2 :Ayat 156) Ucapkanlah Lafaz istirja’ Dan Banyakkan Bersabar…😔
Harga: Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak. Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

ٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِیبَةࣱ قَالُوۤا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ ﴿ ١٥٦ ﴾

“(Iaitu) Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali’.”
(Surah Al-Baqarah ayat : 156)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🌻 Ayat ini berkaitan dengan bagaimana sepatutnya yang harus dilakukan oleh seorang hamba Allah S.W.T apabila ditimpa sesuatu musibah.

🌻 Maka Allah S.W.T menyebutkan bahawa orang-orang yang ditimpa musibah ini, mereka akan mengucapkan dengan ucapan _istirja’ _:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

🕋 PENGAJARAN

🌻 Janganlah terlalu bersedih di atas musibah yang menimpa kerana apa sahaja musibah atau ujian yang melanda memerlukan kita untuk bermuhasabah bagi menghadapinya dengan penuh kesabaran serta untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah S.W.T.

🌻 Orang mukmin digalakkan untuk menyebut lafaz istirja’ yang mana ianya tidak terhad kepada kematian sahaja, bahkan semua bentuk musibah sama ada kecil atau besar seperti kehilangan harta benda, kemalangan, kebakaran dan kecederaan.

🌻 Orang-orang yang ditimpa musibah tidak akan merungut dengan musibah yang dihadapi serta tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat.

🌻 Sebaliknya mereka akan mengucapkan lafaz istirja’ serta bersabar atas musibah yang dihadapi, maka Allah S.W.T akan memberikan ganjaran pahala dan menggantinya dengan yang lebih baik.

🌻 Ini mengingatkan kita bahawa nyawa, harta benda, ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh makhluk di muka bumi ini adalah milik Allah S.W.T, kepadaNya lah kita semua akan kembali.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back