๐Ÿ”–Siri 17 : Sifat Ihsan Asbab Kebaikan Pada Semua Perkara
Harga: Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

๐Ÿ•ŒHadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

๐Ÿ•ŒSemoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐Ÿคฒ

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู’ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู‰ ุดูŽุฏู‘ูŽุงุฏ ุจู’ู†ู ุฃูŽูˆุณู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ุนูŽู†ู’ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู… ู‚ูŽุงู„ูŽ: ( ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ู‡ูŽ ูƒูŽุชูŽุจูŽ ุงู„ุฅูุญู’ุณูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกูุŒ ููŽุฅูุฐูŽุง ู‚ูŽุชูŽู„ู’ุชูู…ู’ ููŽุฃูŽุญู’ุณูู†ููˆุง ุงู„ู’ู‚ูุชู’ู„ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฐูŽุจูŽุญู’ุชูู…ู’ ููŽุฃูŽุญู’ุณูู†ููˆุง ุงู„ุฐูู‘ุจู’ุญูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽู„ู’ูŠูุญูุฏูŽู‘ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุดูŽูู’ุฑูŽุชูŽู‡ูุŒ ูˆูŽู„ู’ูŠูุฑูุญู’ ุฐูŽุจููŠู’ุญูŽุชูŽู‡ู )

Dari Abu Yaโ€™la Syaddad Bin Aus R.A dari Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian mengasah pisaunya dan menyenangkan haiwan sembelihannya.
(Riwayat Muslim)

๐Ÿ•Œ Kandungan Hadis :

๐Ÿฅ€ Ihsan ialah berbuat baik dan melakukan sesuatu perkara denganย cara yang terbaik dan paling elok.

๐Ÿฅ€ Rasulullah S.A.W menjelaskan di dalam hadis ini ihsan itu bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan kepada makhluk-makhluk yang lain termasuklah haiwan.

๐Ÿ•Œ Pengajaran:

๐Ÿฅ€ Pelaksanaan hukuman qisasย (balas bunuh) bukan dilaksanakan untuk menjatuhkan hukuman semata-mata,ย bahkan hukuman tersebut mestilah dilaksanakan dengan penuh teliti dan cermat agar pesalah tidak terseksa dan mati dengan mudah.

๐Ÿฅ€ Begitu juga ihsan kepada haiwan semasa penyembelihan mestilah dilakukan dengan cara yang terbaik seperti menggunakan alat yang tajam dan putus 3 urat dengan serentakย (supaya haiwan tersebut tidak terseksa).

๐Ÿฅ€ Berbuat baik pada semua perkara merupakan tuntutan daripada agama kerana Islam adalah agama yang menitikberatkan soal hubungan sesama manusia dan makhluk-makhluk yang lain termasuklah haiwan dan alam sekeliling kita.

๐Ÿฅ€ Apa yang disebut oleh Rasulullah S.A.W adalah sebagai contoh ihsan sesama manusia dan kepada haiwan, maka seharusnya kita mempraktikkan sifat ihsan dalam setiap perbuatan dan tindakan kita dalam kehidupan.

๐Ÿƒ ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ูŽุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขูู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏ ู๐Ÿƒ

#Jom Samaยฒ Kita Hayati & Amalkan
๐Ÿ“š Rujukan Hadis 40

<< Back