🔖Siri 40: Surah Al-An’aam (Ayat 48 )_ Rasul-Rasul Sebagai Penyampai Khabar Gembira & Pemberi Peringatan
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِینَ إِلَّا مُبَشِّرِینَ وَمُنذِرِینَۖ فَمَنۡ ءَامَنَ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ ﴿ ٤٨ ﴾

“Dan tiadalah kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita.”
(Surah Al-An’aam ayat : 48)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🍃 Allah S.W.T menjelaskan di dalam ayat ini bahawa para rasul itu diutuskan untuk menyampaikan 2 perkara:-

• Menyampaikan khabar gembira bagi orang-orang yang taat dan beriman, yang berupa ganjaran pahala yang besar disisi Allah S.W.T.

• Memberi peringatan kepada golongan yang derhaka kepada para rasul dan hari akhirat dengan ancaman azab seksa api neraka.

🕋 PENGAJARAN

🍃 Sesiapa yang melakukan kebaikan, maka ia akan dibalas dengan kebaikan. Manakala bagi mereka yang berbuat kejahatan, maka kesudahan yang amat buruklah bagi mereka.

🍃 Mereka yang beriman dan beramal soleh akan merasai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, serta mereka tidak akan berasa bimbang dan dukacita.

🍃 Berita-berita gembira seperti nikmat-nikmat syurga contohnya, akan memberi satu motivasi dan galakan kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk terus mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

🍃Sebaliknya berita-berita berbentuk ancaman seperti azab seksa api neraka contohnya, akan memberi peringatan kepada hamba-hambaNya untuk tidak melanggar perintah-perintah dan larangan-larangan Allah S.W.T.

🍃Marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita agar sentiasa lebih baik, terutama dari aspek amalan dan keimanan kita.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back