🔖Siri 38: Surah Al-Mukminun (Ayat 8 )_ Memelihara dan Menjaga Amanah Ciri Orang Beriman
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
وَٱلَّذِینَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَ ٰ⁠عُونَ ﴿ ٣٢ ﴾

“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;”
(Surah Al-Mukminun ayat : 8)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🍃 Ayat ini merujuk kepada mereka yang memelihara amanah dan janji serta berusaha memenuhinya.

🍃 Mereka yang memelihara amanah dan melaksanakan janji-janjinya dengan sempurna adalah antara ciri-ciri orang-orang beriman yang berjaya.

🕋 PENGAJARAN

🍃 Islam mewajibkan umatnya untuk menjaga dan memelihara amanah dan janji yang diberikan dengan sebaik-baiknya sama ada antara seorang hamba dengan Allah S.W.T atau sesama manusia.

🍃 Sebagai orang yang beriman, janganlah kita mengkhianati amanah dan janji kita dengan Allah S.W.T, sama ada dengan melanggar laranganNya atau mengabaikan perintahNya.

🍃 Begitu juga dalam konteks perhubungan sesama manusia, segala perkara yang diamanahkan dan janji yang dilafazkan mestilah dilaksanakan dengan sempurna sama ada dalam hubungan kekeluargaan, bermasyarakat dan bernegara.

🍃 Amanah itu berat, maka peliharalah ia sebaik-baiknya, janji itu mudah, maka tepatilah ia dengan penuh kesungguhan.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back