❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم
قُلۡ إِنَّ رَبِّی یَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن یَشَاۤءُ وَیَقۡدِرُ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا یَعۡلَمُونَ ﴿ ٣٦ ﴾
“ Katakanlah (Wahai Muhammad) : ‘Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)’.”
(Surah Saba’ ayat : 36)
🕋 KANDUNGAN AYAT
🍃 Dalam ayat ini, Allah S.W.T memerintahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk menyampaikan kepada orang-orang yang sombong dan tertipu dengan dirinya sendiri, bahawa Allah jualah yang lebih mengetahui keadaan hamba-hambaNya yang dilapangkan rezekinya dan Dia jualah yang membatasi rezeki hambaNya. Dia memberikan rezeki kepada hambaNya yang dicintai dan hambaNya yang tidak dicintai.
🕋 PENGAJARAN
🍃 Sesiapa yang dimewahkan rezekinya, tidak bermakna dia dimuliakan oleh Allah S.W.T dan sesiapa yang disempitkan rezekinya tidak bermakna dia dihinakan oleh Allah S.W.T.
🍃 Allah S.W.T lapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya untuk menilai apakah seseorang itu bersyukur atau kufur atas nikmat kurniaanNya.
🍃 Allah S.W.T juga mnyempitkan rezeki bagi seseorang hambaNya untuk melihat apakah dia sabar atau tidak di atas ujian tersebut.
🍃 Oleh itu, sebaik-baiknya sebagai seorang yang beriman kepada Allah S.W.T dan hari akhirat, hendaklah kita yakin rezeki itu dari Allah S.W.T sepenuhnya, dan bersyukurlah atas segala kurniaanNya kepada kita, mudah-mudahan kita akan mendapat keredhaanNya.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran
📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman