❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗
🔖Siri 36: Surah Al-Israa'( Ayat 79 )_ Kemuliaan Menunaikan Solat Tahajjud Di Malam Hari🪶
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم
وَمِنَ ٱلَّیۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةࣰ لَّكَ عَسَىٰۤ أَن یَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامࣰا مَّحۡمُودࣰا ﴿ ٧٩ ﴾
_“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajjud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu – pada hari akhirat – ditempat yang terpuji”_
(Surah Al-Israa’ ayat : 79)
🕋 KANDUNGAN AYAT
🍃 Ayat ini berkaitan perintah Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W dan kepada umat Nabi S.A.W untuk menunaikan solat tahajjud di malam hari (solat tahajjud adalah solat yang dikerjakan pada malam hari setelah bangun dari tidur dan sebaik-baiknya dikerjakan pada sepertiga akhir malam).
🕋 PENGAJARAN
🍃 Solat tahajjud adalah sunnah Rasulullah S.A.W, maka kita sebagai ummat yang kasih kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W hendaklah berusaha untuk bangun malam bagi menunaikan solat tahajjud, berqiamullail dan bermunajat kepada Allah S.W.T.
🍃 Ajarlah dan didiklah diri dan ahli keluarga kita untuk tidur awal dan ikhlaskanlah niat kerana Allah S.W.T agar Allah S.W.T memudahkan kita untuk bangun bertahajjud kepadaNya.
🍃 Dalam usaha untuk mengerjakan qiamullail dan bangun untuk solat tahajjud, jauhilah dosa dan maksiat kerana ia merupakan penghalang paling utama bagi melaksanakan qiamullail.
🍃 Rasulullah S.A.W diberikan oleh Allah S.W.T dengan darjat kedudukan yang mulia dan tertinggi, termasuk untuk memberi syafaat kepada umat manusia dihari akhirat kelak, maka mudah-mudahan kita juga akan mendapat kemuliaan dari Allah S.W.T, rahmat serta keredhaanNya seterusnya mendapat syafaat baginda Rasulullah S.A.W.
🍃 Sama-samalah kita berusaha dan berazam untuk menjadikan solat tahajjud sebagai salah satu rutin harian dalam kehidupan kita.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran
📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman