🔖Siri 34:Surah Ali’ Imraan (3 :Ayat 185)_ Setiap Dari Kita Pasti Akan Mati, Mudah-Mudahan Kita Mati Dalam “Husnul Khatimah”
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ ﴿ ١٨٥ ﴾

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
(Surah Ali’ Imraan ayat : 185)

🕋 KANDUNGAN AYAT

⛱️ Dalam ayat ini Allah S.W.T menjelaskan bahawa:-

1. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

2. Setiap amalan yang dikerjakan di dunia akan dihitungkan di akhirat kelak.

3. Kejayaan yang hakiki ialah apabila seseorang itu dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

4. Dunia ini hanya sementara dan penuh dengan tipu daya.

🕋 PENGAJARAN

⛱️ Setiap dari kita pasti akan mati, maka hendaklah kita menyediakan bekalan amalan yang secukupnya untuk menemui Allah S.W.T.

⛱️ Semua kesenangan kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan penuh tipu daya serta kelalaian, maka janganlah kita terleka.

⛱️ Kejarlah kebahagiaan akhirat, nescaya kebahagiaan dunia juga kita akan nikmati, sebaliknya orang yang hanya menumpukan kehidupan dunia semata-mata, di akhirat dia akan menyesal rugi.

⛱️ Kejayaan yang terbesar dan hakiki bagi seorang hamba Allah S.W.T ialah apabila di akhirat kelak dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurgaNya yang penuh dengan kenikmatan yang berkekalan.

⛱️ Berdoalah, mudah-mudahan kita mati dalam husnul khatimah dan di akhirat kelak kita dimasukkan oleh Allah S.W.T ke dalam syurgaNya.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back