❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم
رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَاۤءِ ﴿ ٤٠ ﴾
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan Kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim ayat : 40)
🕋 KANDUNGAN AYAT
🍃 Ayat ini merupakan doa Nabi Ibrahim A.S yang memohon supaya Allah S.W.T menjadikan Baginda A.S serta keturunan Baginda A.S, orang yang sentiasa memelihara dan mendirikan solat.
🕋 PENGAJARAN
🍃 Doa yang khusus dari Nabi Ibrahim A.S supaya zuriat keturunannya mendirikan dan memelihara solat menandakan besarnya solat di sisi syariat Islam, kerana solat merupakan ibadat asas seorang hamba dan merupakan tiang agama.
🍃 Solat dapat menyucikan jiwa kerana ia mampu mencegah manusia daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
🍃 Sentiasalah memohon kepada Allah S.W.T supaya menjadikan kita dan zuriat keturunan kita orang yang mendirikan dan memelihara solat dengan penuh khusyuk dan sempurna.
🍃 Tunaikanlah kewajipan solat 5 waktu sehari semalam secara berjemaah. Bagi golongan lelaki terutamanya, berjemaahlah di masjid atau di surau sedaya yang mampu.
🍃 Selain solat yang wajib, kita hendaklah memperbanyakkan solat-solat sunat yang lain bagi mencapai keredhaan Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.
🍃 Jadikanlah doa Nabi Ibrahim A.S ini sebagai salah satu doa dari doa-doa harian kita.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran
📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman