❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم
ٱلَّذِینَ یَبۡخَلُونَ وَیَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبُخۡلِ وَیَكۡتُمُونَ مَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَأَعۡتَدۡنَا لِلۡكَـٰفِرِینَ عَذَابࣰا مُّهِینࣰا ﴿ ٣٧ ﴾
“Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bahkil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Dan (sebenarnya) kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.”
(Surah An-Nisaa’ ayat : 37)
🕋 KANDUNGAN AYAT
🍃 Ayat ini adalah berkaitan dengan ayat yang sebelumnya berkaitan sifat orang-orang yang sombong, antaranya iaitu:-
A. Orang-orang yang bakhil.
B. Orang-orang yang menyuruh orang lain menjadi bakhil.
C. Orang-orang yang menyembunyikan kurniaan Allah S.W.T kepada mereka.
🕋 PENGAJARAN
🍃 Bakhil bukan sahaja dari segi harta, bahkan tidak mahu berkongsi dan menyampaikan ilmu turut dikira sebagai bakhil.
🍃 Janganlah kita menjadi bakhil kerana terlalu cinta akan harta benda sebaliknya jadilah orang yang dermawan dan pemurah dari semua aspek.
🍃 Nikmat yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita sama ada dalam bentuk ilmu atau harta benda hendaklah kita kongsi dan infaq kepada mereka yang memerlukan.
🍃 Bersifat dengan sifat bakhil dan mengajak orang lain juga untuk menjadi bakhil serta menyembunyikan nikmat-nikmatNya, adalah suatu perkara yang diharamkan di sisi syarak serta akan mendapat azab seksa dari Allah S.W.T.
🍃 Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah yakin bahawa setiap harta yang kita infaq tidak akan berkurang, bahkan akan bertambah keberkatannya di sisi Allah S.W.T serta akan mendapat ganjaran dariNya.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran
📚 Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman