๐Ÿ”–Siri 31: Hakikat Zuhud
Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

โ—Renungan Hadis Hari Iniโ—

๐Ÿ•Œ Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

๐Ÿ•Œ Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐Ÿคฒ
ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุงู„ู’ุนูŽุจู‘ูŽุงุณ ุณูŽู‡ู’ู„ ุจูู†ู’ ุณูŽุนู’ุฏ ุงู„ุณู‘ูŽุงุนูุฏููŠ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุฌูŽุงุกูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ : ูŠุงูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฏูู„ู‘ูŽู†ููŠ ุนูŽู„ูŽู‰ ุนูŽู…ูŽู„ู ุฅูุฐูŽุง ุนูŽู…ูู„ู’ุชูู‡ู ุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽู†ููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽู†ููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ : ุงุฒู’ู‡ูŽุฏู’ ูููŠ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูŠูุญูุจู‘ููƒูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽุงุฒู’ู‡ูŽุฏู’ ูููŠู’ู…ูŽุง ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ูŠูุญูุจู‘ููƒูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู. [ุญุฏูŠุซ ุญุณู† ุฑูˆุงู‡ ุงุจู† ู…ุงุฌุฉ ูˆุบูŠุฑู‡ ุจุฃุณุงู†ูŠุฏ ุญุณู†ุฉ]

Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Saโ€™ad al-Saโ€™idi R.A berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi S.A.W seraya berkata:ย โ€œWahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.โ€™ Rasulullah S.A.W bersabda: โ€˜Zuhudlah engkau akan dunia, nescaya Allah S.W.Tย akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu.โ€ (Hadis hasanย riwayat Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan)

๐Ÿ•Œ Kandungan Hadis:

๐ŸŒ1. Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.

๐ŸŒ2. Para sahabat sangat bersemangat melakukan sesuatu yang dapat mendatangkan kecintaan Allah S.W.T dan manusia.

๐Ÿ•Œ Pengajaran:

๐ŸŒ1. Zuhud terhadap dunia adalah seseorang yang meninggalkan sesuatu yang boleh melalaikannya dari mengingati Allah S.W.Tย dan beribadat kepadaNya.

๐ŸŒ2. Zuhud bukan bermaksud kita menolak kehidupan dunia, tetapi ianya bermaksud kita tidak menjadikan kehidupan dunia sebagai matlamat utama.

๐ŸŒ3. Buatlah yang terbaik di dunia termasuk dalam mencari harta kekayaan dan kesenangan,ย tetapi janganlah sehingga kita mengabaikan perintah dan suruhan Allah S.WT.

๐ŸŒ4. Matlamat utama seorang mukmin ialah mencapai keredhaanNya serta menggapai kebahagiaan akhirat yang kekal abadi.

๐ŸŒ5. Jauhilah perasaan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain, nescaya kita akan disukai.

๐Ÿ“Imam Ahmad pernah ditanya berkenaan orang yang berharta, adakah orang itu dikira sebagai orang yang zahid (iaitu orang yang bersifat zuhud)? Beliau menjawab:”Jika dia tidak gembira dengan bertambahnya harta, dan tidak bersedih dengan kurangnya harta, maka dia seorang yang zahid”.

#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐Ÿ“šRujukan Hadis 40

<< Back