๐Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah di ucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
๐Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐คฒ
ุนููู ุฃููุจู ู ูุณูุนูููุฏู ุนูููุจูุฉู ุจููู ุนูู ูุฑูู ุงูุฃูููุตูุงุฑูููู ุงูุจูุฏูุฑูููู ุฑูุถููู ุงููู ุนููููู ููุงูู: ููุงูู ุฑูุณููููู ุงููู ุตููููู ุงููู ุนููููููู ููุณููููู : ุฅูููู ู ูู ููุง ุฃูุฏูุฑููู ุงููููุงุณู ู ููู ุขููุงูู ู ุงููููุจููููุฉู ุงูุฃูููููู: ุฅูุฐูุง ููู ู ุชูุณูุชูุญู ููุงุตูููุนู ู ูุง ุดูุฆูุชู
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah ibn ‘Amru Al-Ansari Al-Badri R.A. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
๐ Kandungan Hadis :
๐ฑ Hadis ini walaupun ringkas tetapi padat dan tepat. Cukuplah untuk dijadikan pedoman atau pengukur nilai akhlak seseorang dari segi perbuatannya.
๐ฑ Kerana perbuatan mencerminkan kesopanan seseorang. Orang yang sopan tidak mahu berbuat sesuatu yang memalukan atau yang mendatangkan kecelaan.
๐ฑ Malu adalah adab dan tata tertib kehidupan dunia dan beragama sejak dari syariat para rasul dan nabi-nabi yang terdahulu.
๐ Pengajaran :
๐ฑ Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali denganย kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.
๐ฑ Manusia dikawal olehย nafsu yang tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, ianya dapat membendung seseorangย menjurus ke arah kemuliaan.
๐ฑ Satu daripada sifat orang beriman ialah memiliki perasaan malu untuk melakukan maksiat dan malu jika tidak melaksanakan perintah Allah S.W.T dan RasulNya.
#Sama-sama kita hayati dan amalkan
๐ Rujukan Hadis 40