๐Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
๐Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐คฒ
ุนููู ุฃูุจูู ููุฑูููุฑูุฉู ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู ุฃูููู ุฑูุฌููุงู ููุงูู ููููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู: ุฃูููุตููููุ ููุงูู : ูุงู ุชูุบูุถูุจู ููุฑูุฏููุฏู ู ูุฑูุงุฑุงูุ ููุงูู: ูุงู ุชูุบูุถูุจู
Daripada Abu Hurairah R.A : Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W: Berikan daku wasiat. Baginda S.A.W bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda S.A.W tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
-Hadis Riwayat Bukhari-
๐ Kandungan Hadis:
๐ Di dalam hadis ini Rasulullah S.A.W ada menerangkan kepada seorang lelaki jawapannya yang ringkas tetapi padat, tepat dan tegas mengenai permintaannya supaya diberikan satu wasiat atau nasihat kepadanya.
๐ Permintaan ini diulanginya beberapa kali, tetapi jawapan dari Rasulullah S.A.W tetap juga sama iaitu, janganlah engkau marah, janganlah engkau marah.
๐ Pengajaran:
๐ Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri dan juga terhadap orang lain.
๐ Orang kuat ialah orang yang mampu mengawal hawa nafsunya ketika waktu marah.
๐ Sifat marah sememangnya ada pada semua manusia,tetapi janganlah marah itu tanpa sebab dan di luar batasan yang diharuskan syariat.
๐ Dalam masa yang sama, perasaan marah itu jangan dipendamkan atau kita berdiam diri, bila mana kehormatan diri dan kemuliaan agama kita dihina serta dicerobohi oleh orang lain. Namun, ianya mestilah berhikmah dan mengikut batas-batas yang dibenarkan.
๐ ุงูููููููู ูู ุตูููู ูุนูู ุณูุฏูุง ู ูุญูู ููุฏู ูู ุนูููู ุขูู ุณูุฏูุง ู ูุญูู ููุฏ ู๐
#Jom Samaยฒ Kita Hayati & Amalkan
๐ Rujukan Hadis 40