Siri 14 : Larangan Berzina, Membunuh & Murtad
Harga: Kategori: Renungan Hadis
Keterangan:

โ—Renungan Hadis Hari Iniโ—
๐Ÿ”–Siri 14 : โŽ Larangan Berzina, Membunuh & MurtadโŽ

๐Ÿ•ŒHadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

๐Ÿ•ŒSemoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..๐Ÿคฒ

ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ู…ูŽุณู’ุนููˆู’ุฏู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : ู„ุงูŽ ูŠูŽุญูู„ู‘ู ุฏูŽู…ู ุงู…ู’ุฑูุฆู ู…ูุณู’ู„ูู…ู ูŠูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ู‘ููŠ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุจูุฅูุญู’ุฏูŽู‰ ุซูŽู„ุงูŽุซู : ุงู„ุซู‘ูŽูŠู‘ูุจู ุงู„ุฒู‘ูŽุงู†ููŠุŒ ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽูู’ุณู ุจูุงู„ู†ู‘ูŽูู’ุณู ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽุงุฑููƒู ู„ูุฏููŠู’ู†ูู‡ู ุงู„ู’ู…ูููŽุงุฑูู‚ู ู„ูู„ู’ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู

Daripada lbnu Mas’uud R.A beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tidak ada yang disembah melainkan Allah S.W.T dan aku adalah utusan Allah S.W.T kecuali kerana salah satu daripada tiga perkara : Berzina, pada hal dia sudah berkahwin, membunuh orang dan meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jemaah (murtad).โ€
(Riwayat Bukhari & Muslim)

๐Ÿ•ŒKandungan Hadis:

๐Ÿ“Hadis di atas menunjukkan kepentingan menjaga kehormatan diri, nyawa dan kesucian atau kemuliaan agama dalam keluarga dan masyarakat.

๐Ÿ“Tidak boleh menumpahkan darah kaum muslimin kecuali dengan tiga sebab, iaitu : zina muhsan (orang yang sudah berkahwin/menikah), membunuh manusia dengan sengaja dan meninggalkan agamanya (murtad) berpisah dari jamaah kaum muslimin.

๐Ÿ•ŒPengajaran:

๐Ÿ“Darah (nyawa), kehormatan diri seseorang Muslim, akidah dan agamanya wajib dipelihara dengan cara yang sebaik-baiknya. Pencabulan atau pelanggaran terhadap hak-hak ini akan dipandang sebagai suatu kesalahan yang besar dan seseorang yang melakukannya akan dikira halal darahnya sebagaimana dijelaskan di dalam hadis.

๐Ÿ“Hukuman yang dilaksanakan bukanlah dengan cara yang terburu-buru atau tergesa-gesa, sebaliknya ianya dilakukan dengan penuh cermat, teliti dan adil menurut lunas-lunas perundangan Islam.

๐Ÿ“Pelaksanaan hukuman pula adalah dilakukan oleh pemerintah (pihak yang berkuasa), bukan oleh individu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang berkepentingan.

๐Ÿ“Tiga perkara ini jika berlaku tanpa adanya sebarang hukuman dan pengawalan, akan menyebabkan masyarakat menjadi hancur dan kacau bilau.

๐Ÿ“Sebaliknya jika dikawal dengan baik, masyarakat akan hidup dalam suasana yang aman, tenteram dan harmoni.

๐Ÿƒ ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ูŽุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขูู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏ ู๐Ÿƒ

#Jom Samaยฒ Kita Hayati & Amalkan
๐Ÿ“š Rujukan Hadis 40

<< Back