โJomm Mari Pakat Bertadabburโ
๐Siri 12 : -Surah al-Baqarah( 2: Ayat 183)- ๐Puasa Merupakan Rahsia Antara Hamba dan Allah SWT ๐
๐ Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
๐ Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.๐..
ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ูููฐูู ุงูุฑููุญููู ู
โููุง ุฃููููููุง ุงูููุฐูููู ุขู ููููุง ููุชูุจู ุนูููููููู ู ุงูุตููููุงู ู ููู ูุง ููุชูุจู ุนูููู ุงูููุฐูููู ู ููู ููุจูููููู ู ููุนููููููู ู ุชูุชููููููู
” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. ”
-Surah al-Baqarah Ayat : 183
๐ Kandungan Ayat
๐ชด Allah S.W.T telah menyampaikan perintah kewajipan berpuasa kepada orang-orang yang beriman.
๐ชด Puasa adalah suatu syariat yang penting, ia bukanlah suatu perkara yang baru kerana umat-umat terdahulu juga diperintahkan untuk berpuasa.
๐ชด Natijah dari puasa yang berkualiti dari seorang mukmin, akan menghasilkan mukmin yang bertaqwa.
๐ Pengajaran
๐ชด Puasa mendidik kita meninggalkan keinginanย nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita sebelum berpuasa.
๐ชด Puasa merupakan ibadat yang paling hampir dengan keikhlasan bagi seorang hamba kerana ianya merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya.
๐ชด Kejayaan sebenarย seorang mukmin dalam melaksanakan kewajipan berpuasa ialah mencapai darjat ketaqwaan.
๐ชด Orang Islam di seluruh dunia berpuasa dalam bulan yang sama yang menandakan kesatuan ummah, masing-masing merasai nikmat kebaikan bulan Ramadhanย yang penuh keberkatan dan kerahmatan tanpa mengira warna kulit, bangsa, keturunan, bahasa dan sempadan geografi.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran