Siri 11 : -Surah al-Baqarah( 2: Ayat 172)
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

โ—Jomm Mari Pakat Bertadabburโ—

๐Ÿ”–Siri 11 : -Surah al-Baqarah( 2: Ayat 172)- Makanan Yang Halal Lagi Baik Asbab Amal Soleh. ๐Ÿ’ซ

๐Ÿ•‹ Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

๐Ÿ•‹ Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.๐Ÿ’•..

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู€ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู

โ€ŽูŠูฐู“ุงูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู’ู†ูŽ ุงูฐู…ูŽู†ููˆู’ุง ูƒูู„ููˆู’ุง ู…ูู†ู’ ุทูŽูŠู‘ูุจูฐุชู ู…ูŽุง ุฑูŽุฒูŽู‚ู’ู†ูฐูƒูู…ู’ ูˆูŽุงุดู’ูƒูุฑููˆู’ุง ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ุงูู†ู’ ูƒูู†ู’ุชูู…ู’ ุงููŠู‘ูŽุงู‡ู ุชูŽุนู’ุจูุฏููˆู’ู†ูŽ
” Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. ”
Surah al-Baqarah Ayat : 172

๐Ÿ•‹ Kandungan Ayat

๐Ÿฅฆ Antara tanda-tanda orang yang beriman ialah mereka yang memakan makanan yang halal lagi baik, kerana hanya mereka yang beriman yang dapat memahami nasihat yang disampaikan.
๐Ÿฅฆ Bersyukur kepada Allah S.W.T adalah sebagai tanda pengakuan kita sebagai hamba-hambaNya yang sentiasa taat dan patuh kepada segala arahan serta meninggalkan segala laranganNya.

๐Ÿ•‹ Pengajaran

๐Ÿฅฆ Allah S.W.T telah menghalalkan dan tidak pernah mengharamkan makanan yang baik-baik, Dia hanya mengharamkan makanan yang kotor dan membahayakan.
๐Ÿฅฆ Memakan makanan yang baik merupakan penyebab untuk melaksanakan amal soleh dan sebab diterimanya amal soleh tersebut, termakbulnya doa serta ibadah.
๐Ÿฅฆ Perintah memakan makanan yang baik-baik bererti larangan memakan makanan yang kotor dan haram seperti dilakukan oleh golongan kafir.
๐Ÿฅฆ Bersyukur setelah memperoleh nikmat, dapat menjaga nikmat yang sedia ada dan menarik kembali nikmat yang telah hilang.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

<< Back