❗Renungan Hadis Hari Ini❗
🔖Siri 10: Rezeki Yang Halal Serta Doa Yang Diterima🤲
🕌Hadis adalah pedoman hidup kita yang kedua setelah Al-Quran. Hadis juga merupakan baik teladan yang telah di ucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita umat Islam jadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.
🕌Semoga hidup kita akan membuat menjadi lebih tenang dan diberkati. Insya Allah..🤲
عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الله تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِـمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ كلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا كلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ } ثُمَّ ذَكرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ! یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ!
Daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah S.W.T baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah S.W.T telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah S.W.T berfirman: Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah S.W.T berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? (Hadis Riwayat Muslim)
🕌 Kandungan Hadis:
🌴Allah S.W.T hanya menerima perbuatan baik sahaja daripada hamba-hambaNya.
🌴Antara asbab termakbulnya doa dan ibadah seseorang bergantung kepada pemakanannya yang halal.
🌴Sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:-
a) Bermusafir.
b) Mengangkat tangan ke langit tanda kerendahan diri seorang hambaNya dan kesungguhan dalam berdoa.
c) Mengulang-ulang nama Allah S.W.T semasa berdoa.
🕌 Pengajaran:
🌴Sesuatu yang disebut sebagai baik adalah apa yang dinilai baik disisi Allah S.W.T.
🌴Seseorang yang berterusan melakukan perbuatan haram akan menghalangnya dari termakbulnya doa.
🌴Orang yang melakukan maksiat tidak termasuk mereka yang dikabulkan doanya kecuali mereka yang Allah S.W.T kehendaki.
🌴Anjuran untuk berinfak dari barang yang halal dan larangan untuk berinfak dari sesuatu yang haram.
🌴Seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku, pemakanan dan mencari sumber rezeki yang halal.
🍃 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد ٍ🍃
#Jom sama² kita hayati dan amalkan
📚 Rujukan Hadis 40