โJomm Mari Pakat Bertadabburโ
๐Siri 10 : Surah an-Nisaa’ (4 : Ayat 36) “Hubungan Manusia dgn Allah SWT dan Sesama Manusiaโ๐ฟ
๐ Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
๐ Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.๐..
ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ูููฐูู ุงูุฑููุญููู ู
โููุงุนูุจูุฏููุง ุงูููููู ูููุง ุชูุดูุฑููููุง ุจููู ุดูููุฆูุง ููุจูุงููููุงููุฏููููู ุฅูุญูุณูุงููุง ููุจูุฐูู ุงููููุฑูุจูู ููุงููููุชูุงู ูู ููุงููู ูุณูุงููููู ููุงููุฌูุงุฑู ุฐูู ุงููููุฑูุจูู ููุงููุฌูุงุฑู ุงููุฌูููุจู ููุงูุตููุงุญูุจู ุจูุงููุฌูููุจู ููุงุจููู ุงูุณููุจูููู ููู ูุง ู ูููููุชู ุฃูููู ูุงููููู ู ุฅูููู ุงูููููู ูุง ููุญูุจูู ู ููู ููุงูู ู ูุฎูุชูุงูุง ููุฎููุฑูุง
” Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.ย ”
-Surah an-Nisaaโ Ayat : 36
๐ KANDUNGAN AYAT
๐ฟ Allah S.W.T menjelaskan diย dalam ayat ini 2 jenis konteks perhubungan seorang manusia iaitu :-
1. Hubungan manusia dengan Allah S.W.T – beribadat kepadaNya dengan penuh keikhlasan dan tidak mensyirikkanNya.
2. Hubungan manusia sesama manusia – Pada semuaย peringkat tanpa mengira ketinggian darjat dan kedudukan.
๐ฟ Allah S.W.T memberi peringatan bahawa Allah S.W.T tidakย menyukai golongan yang sombong dan takabbur.
๐ PENGAJARAN
๐ฟ Seseorang Muslim yang berjaya akan sentiasa memelihara hubungannya dengan Allah S.W.T, dan dalam masa yang samaย turut menjaga hubungan sesama manusia tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
๐ฟ Selepas Allah S.W.T memerintahkan supaya kita beribadat kepadaNya serta tidak mensyirikkanNya, Allah S.W.T menyebut agar kita menjaga hubungan sesama manusia dimulai dengan orang yang paling rapat dengan kita iaitu ibu bapa yang menunjukkan ketinggian dan kemuliaan mereka.
๐ฟ Mafhum dari ayat ini, Allah S.W.T tidak suka kepada mereka yang sombong, takabbur dan berbangga diri, sebaliknya Allah S.W.T amat suka kepada mereka yang bersifat rendah diri, tawadhuk dan tidak berbangga diri.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran