Siri 9 : Surah al-Hujuraat (49 : Ayat 12)
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🔖Siri 9 : Surah al-Hujuraat (49 : Ayat 12) “Jauhilah Sifat Berburuk Sangka, Mengintip dan Mengumpat”⛔

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

‎يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا  أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

” Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan ke’aipan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
Surah al-Hujuraat Ayat : 12

🕋 Kandungan Ayat

🍃 Antara sifat keji yang disebut di dalam ayat ini ialah berburuk sangka, mengintip dan mengumpat.
🍃 Perkataan “jauhilah” di dalam ayat ini menunjukkan satu pengharaman ke atas sifat-sifat keji tersebut jika kita melakukannya.
🍃 Allah S.W.T telah memberi ancaman yang keras bagi mereka yang melakukan dosa ghibah.

🕋 Pengajaran

🍃 Jauhilah perbuatan keji seperti berburuk sangka, mengintip dan mengumpat kerana ia akan menjerumuskan pelakunya ke lembah dosa.
🍃 Ghibah adalah termasuk dalam dosa besar, kerana Allah S.W.T telah mengumpamakan  pelakunya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati.
🍃 Janganlah ada di antara kalian mengumpat sebahagian yang lain, iaitu dengan menyebutkan sesuatu yang tidak disukainya walaupun perkara tersebut benar ada.
🍃 Orang yang beriman seharusnya sentiasa bermuhasabah diri untuk melihat kekurangan sendiri bukan dengan mencari-cari kesalahan orang lain serta menyebarkannya pula kepada orang lain.
🍃 Ingatlah, bagi mereka yang terlibat dengan perbuatan-perbuatan keji ini, masih belum terlambat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T dan memohon maaf kepada mereka yang telah disalah sangka (dengan sangkaan yang buruk) serta diumpat.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

<< Back