❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗
🔖Siri 8 : Surah A-li ‘Imraan (3 : Ayat 92 ) ” Kelebihan Infaq & Sedekah ”🌾
🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.
🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗ وَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيْمٌ
” Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
-Surah A-li ‘Imraan Ayat : 92
🕋 Antara Kelebihan Infaq dan Sedekah
🌾 Menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api.
🌾 Mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.
🌾 Mendapat naungan Allah S.W.T di hari akhirat.
🌾 Dapat menjauhkan diri dari sifat kedekut.
🌾 Rezeki akan bertambah.
🌾 Dipanjangkan umur dalam keberkatan.
🕋 Pengajaran
🌾 Orang yang lebih mencintai Allah S.W.T akan redha mengorbankan harta yang dicintainya dengan menginfaqkan ke jalan yang diredhaiNya.
🌾 Termasuk di dalam menginfaqkan harta yang dicintainya adalah dengan berinfaq disaat orang yang berinfaq itu sendiri memerlukannya dan berinfaq ketika keadaan sihat serta berat mengeluarkannya (bimbang miskin dan mengharap kaya).
🌾 Allah S.W.T menerangkan apa sahaja yang kita infaqkan, sama ada kecil atau besar nilainya, dicintai atau tidak harta itu, sesungguhnya Allah S.W.T amat mengetahuinya, maka Dia akan membalas sesuai dengan niat dan manfaat harta atau barang yang diinfaq.
#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran