Siri 7 : Surah Ar-Ra’d (13 : Ayat 28 )
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

❗Jomm Mari Pakat Bertadabbur❗

🔖Siri 7 : Surah Ar-Ra’d (13 : Ayat 28 ) ” Mengingati Allah Hati Menjadi Tenang”

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

(الَّذِيْنَ ءَامَنُوا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ
اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ)

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “dzikru’llah”. Ketahuilah! Dengan “dzikru’llah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
-Surah Ar-Ra’d Ayat: 28-

🕋 Antara Kelebihan Zikir

🌱 Tanda kita mengingati Allah S.W.T sebagai Pencipta, maka Allah akan mengingati kita sebagai hambaNya.
🌱 Mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
🌱 Mendapat keredhaan Allah dan memperoleh ketenangan hati.
🌱 Mendapat kasih sayang, kecintaan dan keampunan daripada Allah S.W.T.
🌱 Membersihkan hati.
🌱 Membuang perasaan bimbang, keluh kesah dan kedukaan.
🌱 Memberi ketenangan jiwa.

🕋 Pengajaran

🌱 Zikir hendaklah dijadikan amalan harian kita sebagai contoh : dengan bertasbih ( سبحان الله ), bertahmid ( الحمد لله ), Bertakbir ( الله أكبر ), bertahlil ( لا إله إلا الله ), beristighfar ( أستغفر الله ) atau mana-mana zikir yang terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
🌱 Antara tanda orang-orang yang beriman ialah dengan sentiasa mengingati Allah S.W.T melalui zikir.
🌱 Berzikir merupakan salah satu cara untuk kita menzahirkan rasa syukur terhadap nikmat pemberianNya.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

<< Back